Tuesday 10 July 2012

PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ATAS KANAK-KANAK SINDROM DOWN - KAJIAN KES


_______________________________________________
PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ATAS
KANAK-KANAK SINDROM DOWN  - KAJIAN KES
                       ________________________________________________
                                                            Suraya Bt Bai
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM

ABSTRAK

         Kajian ini bertujuan untuk melihat kemahiran guru dalam penerapan kemahiran berfikir (KB)  sewaktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) ke atas kanak-kanak Sindrom Down (SD).   Kajian ini melibatkan enam orang guru di tiga buah sekolah Integrasi Pendidikan Khas bantuan penuh kerajaan di Daerah Larut, Matang, dan Selama.          Kajian ini merupakan satu kajian kes yang menggunakan kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian untuk mendapatkan data dan maklumat. Kaedah soal selidik dan pemerhatian kepada guru pendidikan khas menggunakan skala 5 point untuk mengetahui tahap kekerapan dan kemahiran guru dalam penerapan KB sewaktu P&P. Kaedah temubual kepada guru adalah untuk mengetahui penggunaan BBM, kaedah pengajaran dan aspektasi guru sewaktu penerapan KB dalam P&P terhadap kanak-kanak SD.  Kaedah pemerhatian pula adalah untuk melihat kemahiran guru dalam merancang rancangan pelajaran, kemahiran guru dalam menarik perhatian kanak-kanak SD terhadap P&P dan melihat tahap kesedaran guru sewaktu penerapan KB dalam P&P.  Data-data yang diperolehi di analisis secara peratusan dan purata. Dapatan kajian menunjukkan guru pendidikan khas menggunakan BBM yang bersesuaian sewaktu P&P untuk penerapan KB ke atas kanak-kanak SD.  Kajian juga mendapati guru mengaplikasikan kaedah pengajaran yang pelbagai bagi menarik perhatian kanak-kanak SD terhadap P&P.  Berdasarkan hasil pembelajaran enam orang kanak-kanak SD yang dinilai, dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak SD mampu menerima KB yang diterapkan walaupun tidak menguasai sepenuhnya. 


1.0 Pendahuluan         
             Kebolehan berfikir dengan berkesan sangat penting dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan seharian yang kian kompleks dan canggih. Modenasasi dan perubahan yang pesat mendedahkan individu kepada pelbagai pilihan yang memerlukan kemahiran membuat keputusan dengan berkesan.  Lantaran itu, sistem pendidikan di Malaysia kini, ini tidak hanya menekankan kepada  kemahiran 3M ( menulis, membaca dan mengira) sahaja  tetapi turut menekankan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi.   
 Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran pemikiran yang dikemukakan oleh ahli-ahli pemikir seperti Mayer, Edward de Bono dan lain-lain lagi.  Sungguhpun begitu secara amnya kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada dua domain utama, iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.   Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dijadikan asas dalam penguasaan ilmu dan kemahiran, KBKK telah diterapkan dalam sukatan dan  rancangan pelajaran KBSR dan KBSM sejak 1994 sama ada di sekolah biasa atau di sekolah pendidikan khas.

2.0  Latar Belakang              
                  Dalam sistem pendidikan Malaysia, tumpuan terhadap perkembangan daya  intelek seseorang individu mendapat saranan utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988).  Unsur intelek diberikan perhatian utama dalam FPK bagi melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa berfikiran kritis dan kreatif.  Aspek Kemahiran berfikir tidak diajar secara langsung, tetapi diharapkan dapat dihasilkan secara sampingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993)
  Dalam Sukatan Pelajaran KBKK untuk kursus Diploma Perguruan Khas, (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996) menjelaskan bahawa berfikir adalah satu kemahiran.  Kemahiran berfikir boleh dilatih agar lebih konsisten supaya selaras dengan fitrah kehidupan. Pusat Perkembangan Kurikulum mula memperkenalkan KBKK dalam sistem persekolahan pada tahun 1990. Kemahiran berfikir yang diberi perhatian dalam perkembangan sistem pendidikan ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 
  Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. Mengikut Taksonomi Bloom kemahiran berfikir boleh dibahagi kepada dua iaitu  kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi.  Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. 

2.1.  Pendidikan Khas Di Malaysia
            Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya (Wikipedia, 2005).  Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada merekayang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku,  gangguan komunikasi - pertuturan dan bahasa,  hilang pendengaran,  hilang penglihatan,  kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas (www. geotica. com. 2006).
Dasar mengenai Pendidikan Khas di Malaysia  mula dinyatakan dalam Akta Pembelajran 1961 yang kemudiaannya disemak dan diganti dengan Akta Pendidikan 1996.  Bagi tujuan pelaksanaan pula,  kementerian pelajaran mengadakan peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.  Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 – Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), ‘ murid-murid dengan keperluan khas’ bermaksud murid-murid yang mempunyai :
a)    kecacatan penglihatan atau
b)    kecacatan pendengaran atau
c)    masalah pembelajaran
Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa insklusif.  Sehubungan itu, program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah, dan sekolah menengah.  Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional (Buletin Pendidikan Khas, 1997). Tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimun dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2003).  
Pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas seperti bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, disleksia, autisme dan sindrom down adalah sebahagian perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan negara.


2.2. Sindrom Down  
     Sindrom Down (SD) atau trisonomi 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Perkataan Sindrom Down sebenarnya berasal daripada nama doktor yang mengenal pasti masalah ini, Dr.  John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.
Mereka yang mempunyai SD berkemungkinan mempunyai keupayaan kognitif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian SD dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.  Hal ini dinyatakan oleh Shepperdson (1988) dalam bukunya ‘Growing up with Down’s Syndrome.’                 
   Menurut Davis & Silverman (1970), SD merupakan satu kecelaruan kromosom yang kerap berlaku. Didapati 95% daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit ini mempunyai genotaip yang abnormal pada kromosom yang ke-21 dan 5% kes SD disebabkan oleh kelebihan kromosom yang lain.  SD boleh didefinisikan sebagai keadaan yang disebabkan oleh masalah berlebihan kromosom dan bahan kimia  yang tidak seimbang yang mengakibatkan kelembapan perkembangan fizikal, akal dan pertuturan (Chapman, 1997)

2.5. Teori Kajian
        Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan Taksonomi Bloom (1956) yang menumpukan domain kognitif.  Bloom (1956) telah mengkategorikan domain kognitif kepada enam aras yang terdiri dari ; pengetahuan (knowledge), kefahaman (comprehension), aplikasi (application), analisis (analysis), sintaksis (synthesis) dan penilaian (evaluation). Aras pemikiran yang diketengahkan oleh Bloom boleh dibahagi kepada dua kategori penting iaitu aras rendah (low-order or convergent) dan aras tinggi (higher-order or divergent).


3.0  Pernyataan Masalah
3.1  Kelas Integrasi
i)  Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran seperti autisme, hiperaktif, dekslesia, ‘slow leaner’ dan sindrom down ditempatkan di dalam kelas yang sama.  Guru mengaplikasikan P&P yang sama sedangkan mereka mempunyai  pelbagai tahap pencapaian penguasaan kemahiran berfikir (KB), hal ini menyebabkan tumpuan guru tidak berfokus kepada kanak-kanak SD,  implikasinya proses P&P tidak dapat menarik minat kanak-kanak SD dan mengakibatkan penguasaan KB terganggu.
ii)  Kanak-kanak SD Trisonomi 21 boleh mengurus diri sendiri namun tahap KB kanak-kanak ini sukar dikenalpasti dan tumpuan kanak-kanak SD terhadap P&P hanya dalam masa yang singkat, kanak-kanak SD mempunyai perkembangan mental yang lambat.  ‘Intelligent Quotient’  (IQ) adalah antara 35 dan 70, dengan purata sebanyak 55 (Nor Asri Jani, 2007), selain itu kanak-kanak ini kurang diberi peluang menggunakan kebolehan dan keupayaan pemikiran mereka kerana P&P lebih menumpukan kepada pendekatan yang membolehkan pelajar memperoleh maklumat berdasarkan bahan sedia ada, implikasinya kanak-kanak SD tidak dapat menunjukkan potensi diri mereka.
iii)  Kanak-kanak SD sememangnya mempunyai masalah dalam kemahiran berfikir dan masalah pembelajaran sejak kecil lagi.  Keadaan ini disebabkan oleh masalah pembelajaran yang mereka alami tidak dapat dikesan dan tidak diberi rawatan sejak dari awal.  Masalah pembelajaran yang dialami ini akan menyebabkan mereka berhadapan dengan pelbagai masalah sampingan yang lain seperti pertuturan, tumpuan yang singkat, masalah tingkahlaku, masalah kefahaman, kurang kordinasi mata dan tangan dan sebagainya (Learning Disabilities Association of America, 2001)

3.2   Guru Pendidikan Khas
 i)  Pendedahan dan pemahaman yang jelas berkaitan dengan pendekatan pengajaran penerapan KB ke atas pelajar-pelajar pendidikan khas oleh guru kurang dititikberatkan dan lebih kepada kreativiti guru sendiri.  Perkara ini diakui sendiri oleh beberapa orang guru pendidikan khas yang ditemubual oleh pengkaji selepas mereka menghadiri kursus KPLI dalam pendidikan khas sewaktu cuti persekolahan  pertengahan tahun 2006.                          
 ii)  Melalui temu bual yang dijalankan oleh pengkaji terhadap guru-guru pendidikan khas yang telah menghadiri kursus pendedahan yang diterima oleh guru sewaktu menghadiri kursus, hanya pengetahuan asas tentang ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran, sukatan dan huraian pelajaran pendidikan khas, kaedah pengajaran mengikut mata pelajaran dan rancangan pendidikan individu (RPI) yang didedahkan kepada mereka namun pengajaran penerapan KB ke atas kanak-kanak ini bergantung kepada kreativiti guru sendiri.
iii)  Selain itu, menurut kajian yang telah dijalankan oleh Fatimah (1996), guru-guru menghadapi masalah untuk mengaplikasikan pendekatan KB dalam pengajaran kerana mereka tidak yakin, kurang mahir dan tidak jelas dengan pendekatan ini kerana kurang pendedahan.  Selain itu, melalui kajian ini didapati subjek kajian tidak mempunyai sikap ingin mencuba serta tidak cenderung untuk menggunakan kemahiran berfikir dalam pengajaran mereka.  
iv)   Masalah lain yang dihadapi oleh guru ialah murid-murid berkeperluan khas ini diberi kurikulum yang sama dengan murid-murid normal dan guru perlu membuat pengubahsuaian kurikulum dan bahan pengajaran agar sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka memperoleh pencapaian yang optimum.  Menurut Harris (1996)  kurikulum khas   perlu bagi menggabungkan pengajaran tingkah laku.  Oleh itu, pendidikan emosi, sosial dan tingkah laku juga penting bagi murid dengan keperluan  khas.

4.0  Objektif Kajian
4.1   Mengenalpasti proses penerapan KB dalam P&P oleh guru pendidikan khas ke
        atas  kanak-kanak SD.
4.2   Mengenalpasti tahap kemahiran guru dalam melakukan  penerapan KB  sewaktu  
        P&P.
4.3  Mengenalpasti tahap kesedaran guru dalam melakukan penerapan KB ke atas 
        kanak-kanak SD sewaktu P&P.
4.4  Mengenalpasti hasil penerapan KB dalam P&P ke atas kanak-anak SD.

5. 0 Persoalan Kajian
5.1 Sejauhmanakah guru berupaya menerapkan KB ke atas kanak-kanak SD sewaktu      
       P&P
5.2 Sejauhmanakah guru mempunyai kemahiran dalam menerapkan KB dalam P&P        
        ke atas kanak-kanak SD.
5.3 Sejauhmanakah guru sedar semasa melakukan penerapan KB dalam P&P ke atas
       kanak-kanak SD.
5.4 Sejauhmanakah kanak-kanak SD dapat menguasai penerapan KB melalui latihan  
        yang diberi.

6.0  Kepentingan Kajian
  Kajian ini akan menyumbang kepada gaya pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak SD melalui pendekatan berdasarkan pencapaian kemahiran kritis dan kreatif kanak-kanak ini. Potensi penggunaan pendekatan KB kanak-kanak SD dalam P&P pelajar pendidikan bermasalah pembelajaran masih belum diteroka secara meluas dan kajian ini diharap dapat menyumbang pengetahuan ke arah ini. Oleh itu kepentingan kajian ini diharap boleh dilihat  daripada beberapa  aspek :

6.1  Guru
               Hasil daripada kajian ini diharap akan dapat membantu guru merancang P&P selaras dengan tahap perkembangan kognitif  kanak-kanak SD melalui pengaplikasian KB.  Selain itu dapat meningkatkan kesedaran guru akan kepentingan KB kepada kanak-kanak SD dan harus mempunyai kemahiran dalam penguasaan KB agar mudah untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak SD. Dalam hal ini guru haruslah memastikan dan merancang  P&P yang hendak digunakan dalam proses pengajaran agar sesuai dengan tahap pemikiran kanak-kanak SD. Seterusnya   guru lebih mudah untuk mengetahui sama ada objektif yang hendak dicapai berhasil atau sebaliknya. Cara yang berkesan ialah guru menyediakan  objektif yang khusus dari segi hasil pembelajaran yang dikehendaki. 
 
    6.2   Kanak-kanak SD
         Kanak-kanak SD merupakan kanak-kanak yang mampu dididik dan dibimbing untuk menjalani kehidupan normal dan memang tidak dinafikan bahawa melalui pendidikan kanak-kanak SD mendapat hak yang sama dengan kanak-kanak normal dan mendapat pengalaman belajar.  Di samping itu mereka turut diberi peluang untuk menunjukkan bakat dan potensi diri sama ada dalam kurikulum  atau kokurikulum.           Bagi kanak-kanak SD pula hasil kajian ini diharap akan dapat   meningkatkan minat belajar mereka serta mereka berupaya berfikir secara mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di sekolah dalam kehidupan seharian mereka.  Melalui KB yang diperolehi melalui P&P,  diharap agar kanak-kanak SD boleh mengurus diri sendiri dalam kehidupan mereka dan mampu membuat keputusan sendiri dengan pertolongan yang minima daripada orang lain
                                            
6.3   Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)            
              PPK merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam merangka kurikulum dan pelbagai program pendidikan.  Melalui kajian ini, diharap dapat membantu pihak PPK untuk memperbaiki  usaha dalam menerapkan P&P  KB dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran  pendidikan khas agar lebih efektif.  Selain itu diharap dapat membantu pihak PPK dalam merancang dengan lebih baik rancangan dan sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran dengan  menerapkan KBKK secara berperingkat-peringkat. Penerapan KB dalam P&P mengikut tahap pencapaian dan umur kanak-kanak bermasalah pembelajaran  membolehkan  guru-guru mengaplikasikan KB dalam P&P mereka mengikut rancangan harian.

  7.0  Batasan Kajian
       Terdapat bebarapa batasan semasa kajian ini dilakukan iaitu:
i.   Lokasi
Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah integrasi bantuan kerajaan yang terdapat di daerah Larut Matang dan Selama.
      ii.  Subjek
Subjek kajian terdiri daripada 6 orang guru pendidikan khas yang telah berkhidmat lebih dari setahun di sekolah-sekolah tersebut.
     iii.  Tempoh Kajian
Kajian ini telah dijalankan dalam tempoh tiga bulan di sekolah-sekolah integrasi bantuan kerajaan di daerah Larut Matang dan Selama.
      iv.  Hasil Dapatan
            Hasil dapatan daripada kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada kanak-
            kanak SD yang lain memandangkan kajian ini merupakan kajian kes dan
            bilangan sampel yang  rendah.

8.0     Reka Bentuk Kajian
          Kajian merupakan satu kajian kes.  Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan KB oleh guru pendidikan khas dalam P&P ke atas kanak-kanak SD.  Kaedah yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data dalam kajian ini adalah dalam bentuk  kualitatif dan kuantitatif.  Tiga kaedah mengumpulkan data yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan soal selidik.  Gabungan ketiga-tiga kaedah ini akan saling melengkapi dan hasil kajian lebih mencerminkan keadaan sebenar.  Menurut Mohamad Najib (1999), pemerhatian dan temu bual dapat membantu penyelidik membuat penilaian yang lebih objektif tentang jawapan responden di samping menjalankan kaedah soal selidik.
Kajian kualitatif juga sesuai digunakan bagi tujuan penyelidikan yang   tingkah laku dipengaruhi oleh sekitaran tempat berlaku.  Oleh itu tingkah laku yang akan diperhatikan dalam sesuatu kajian kualitatif mempunyai hubungan dengan tempat kajian dijalankan.  Oleh itu Gay (1996) menegaskan bahawa jika kita ingin memperoleh data yang relevan dengan keadaan yang sebenar, maka data tersebut sepatutnya diperoleh oleh penyelidik yang melaksanakannya dalam keadaan sebenar.
 Melalui kajian kuantitatif pula Mohamad Najib  (1999) menjelaskan bahawa kekuatan soal selidik adalah mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data juga senang diproses untuk dianalisis.  Penggunaan soal selidik merupakan alat ukur yang sering digunakan.  Arahan dan soalan yang diberi adalah piawai dan serupa kepada objek yang dikaji.  Gerak balas subek terhadap rangsangan soalan tidak dipengaruhi oleh penambahan atau pengurangan arahan.

9.0. Responden Kajian        
                   Responden kajian terdiri daripada enam orang guru pendidikan khas yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah integrasi bantuan penuh kerajaan di Daerah Larut Matang dan Selama.  Responden dipilih menggunakan rawak bertujuan.  Antara ciri-ciri yang diambil kira dalam pemilihan ini ialah bidang pengkhususan yang dimiliki dan pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan khas. 

10.0 Tempoh Kajian
                       Tempoh masa yang dijalankan bagi pengumpulan data kajian ini mengambil masa selama tiga bulan.  Sebanyak empat kali sesi pemerhatian P&P dalam kelas akan dijalankan sepanjang kajian ini.  Bagi sesi temu bual sebanyak dua sesi akan dijalankan yang melibatkan guru yang mengajar iaitu sebelum P&P dan selepas P&P.  Hal ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan penerapan KB dalam P&P ke atas kanak-kanak SD melalui penilaian guru.           

11. 0 Pengumpulan Data
               Pengumpulan data dilakukan dengan tiga cara iaitu melalui pemerhatian, temu bual dan soal selidik. 
 11.1    Pemerhatian
            Dalam kajian ini kaedah pemerhatian merupakan kaedah utama yang  digunakan dalam pengumpulan data.  Kidder (1981),  menegaskan bahawa kaedah pemerhatian yang boleh digunakan sebagai satu alat penyelidikan adalah apabila dapat berfungsi
11.2   Borang Senarai Semak Pemerhatian
a)Kemahiran guru merancang rancangan pelajaran.
Bil.
Aspek
Ada    
Tiada
      Tahap
i.
 Isi pelajaran


1    2    3    4     5
ii.
 Strategi pengajaran dan pembelajaran


1    2    3    4     5
iii.
 Sumber pengajaran dan pembelajaran/BBM


1    2    3    4     5
iv.
 Penerapan kemahiran Berfikir


1    2    3    4     5
v.
 Penerapan Nilai


1    2    3    4     5
vi.
 Objektif pengajaran dan pembelajaran


1    2    3    4     5

b)Kemahiran guru menarik perhatian Kanak-kanak SD terhadap P&P.
Bil
Aspek
Ada       
Tiada
        Tahap
i.
Penggunaan BBM yang pelbagai


1    2     3     4     5

- Kad imbasan


1    2     3     4     5

- Bahan maujud


1    2     3     4     5

- Gambar bersiri


1    2     3     4     5

- Lembaran Kerja


1    2     3     4     5
ii.
Mempelbagai kaedah pengajaran




- Lakonan


1    2     3     4     5

- perbualan/dialog


1    2     3     4     5

- Sumbang saran


1    2     3     4     5

- latih tubi


1    2     3     4     5

c) Kesedaran guru sewaktu menerapkan KB  dalam P&P .
Bil
                         Aspek
Ada
Tiada
     Tahap
i.
Penggunaan ayat tanya yang pelbagai


1    2    3    4     5
ii.
Penerangan secara berulang


1    2    3    4     5
iii.
Latih tubi terancang


1    2    3    4     5
iv.
Peneguhan dan ransangan


1    2    3    4     5
v.
Latihan/tugasan di akhir P&P


1    2    3    4     5








11.3  Temu  Bual
            Kaedah temu bual juga telah digunakan kerana ia merupakan satu cara yang cepat untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci dalam satu masa yang singkat (Merriam, 1988).  Kaedah temu bual juga membolehkan penyelidik mengumpul pendapat, pemikiran, pandangan, dan pengalaman dalam bentuk pernyataan langsung daripada sampel kajian sendiri.
11.4  Soal Selidik
Kekerapan Penilaian Guru terhadap Penerapan KB dalam P&P ke atas Kanak-kanak SD
Bil.    Kenyataan                                        kekerapan / peratus
                                                      5                 4                 3                  2           1        min
1.      Saya menggunakan       
        BBM bergambar dan
        berwarna dalam P&P        16.7%        66.7%         16.7%              -            -       4.0  
        untuk membantu                (n=1)         (n=4)           (n=1)
        penumpuan dan
        penerapan KB
        kanak-kanak SD.

2.    Saya mempelbagaikan
       kaedah dan teknik
        pengajaran sewaktu            -                 50%             50%               -             -      3.5
        P&P untuk menarik                             (n=3)            (n=3)
        Minat kanak-kanak
        SD dalam P&P.

3.    Saya mengulang-ulang
       sesuatu topik agar
       kanak-kanak SD                 33.3%         50%            16.7%            -            -         4.7
       dapat tahu dan faham         (n=2)          (n=3)           (n=1)
       isi  yang hendak
       disampaikan.

4.   Saya memberi latihan
       yang berulang kepada
       kanak-kanak SD                 16.7%          66.7%          16.7%         -            -           4.0
       untuk mereka lebih             (n=1)           (n=4)            (n=1)
       memahami sesuatu
       situasi.

5.   Saya menggunakan
      BBM yang mudah
      Seperti carta, bahan             16.7%          83.5%          -             -             -              4.2
      maujud dan gambar             (n=1)           (n=5)
      agar kanak-kanak
      SD mudah menerima
      Pembelajaran.

6.   Saya memberi latihan
      yang konsisten untuk
      konsisten untuk tahap           16.7%         66.7%          16.7%         -          -            4.0
      pencapaian dan                      (n=1)         (n=4)            (n=1) 
      penerimaan kanak-kanak
      SD dalam P&P.

7.     Saya membuat penabahan
      dan perubahan dalam P&P
      sehingga kanak-kanak            16.7%         66.7%         16.7%         -            -          4.0
      kanak-kanak SD dapat
      menguasai dan memahami P&P(n=1)         (n=4)            (n=1)
Bil.    Kenyataan                                        kekerapan / peratus
                                                      5                 4                 3                  2           1        min

8.   Saya menggunakan
      pelbagai pendekatan
      bagi melihat                              -             33.3%          66.7%        -           -             3.3    
      keupayaan KB                                         (n=2)           (n=4)
      kanak-kanak SD.

9.   Saya menggunakan
      Pengajaran bertema                  -              50%             50%          -           -             3.5  
      Bagi mengukuhkan                                  (n-3)            (n=3)
      Pengetahuan kanak-kanak SD.

10. Saya memberi bantuan
      Dan peneguhan kepada
      Hasil kerja Kanak-kanak      16.7%          66.7%         16.7%         -           -             4.0
      SD  untuk meransang            (n=1)           (n=4)          (n=1)
      Pemikiran.

Skala Kekerapan :   5- AmatKerap,   4 - Kerap,   3- Kadang-kadang,    2- Jarang-jarang,                            
                                1- Tidak Pernah

11.5  Dapatan Pemerhatian
11.5.1  Analisis Keseluruhan Pemerhatian  Kemahiran Guru Merancang  Rancangan Pelajaran Empat Hari
Bil.        Aspek                                       1          2           3             4              5                  Min
i.     Isi Pelajaran                                     -          -        50%        66.7%       83.3%            4.2
                                                                                    (n=3)       (n=4)         (n=5)

ii.    Strategi pengajaran dan                   -          -         50%        66.7%       83.3%           4.2
       pembelajaran                                                        (n=3)       (n=4)         (n=5)

iii.   Sumber pengajaran dan                   -          -         50%        66.7%       83.3%           4.2
       pembelajaran/ BBM                                             (n=3)        (n=4)         (n=5)

iv.   Penerapan Kemahiran Berfikir        -          -         50%        66.7%       83.3%           4.2
                                                                                     (n=3)        (n=4)         (n=5)    

v.    Penerapan Nilai                                -          -         50%        66.7%       83.3%          4.2
                                                                                     (n=3)        (n=4)        (n=5)

vi.   Objektif pengajaran dan                   -          -             -          66.7%       83.3%          4.6
        pembelajaran                                                                         (n=4)        (n=5)
_____________________________________________________________________





11.5.2   Analisis Keseluruhan Pemerhatian Kemahiran Guru menarik                  
             Perhatian Kanak-kanak SD terhadap P&P Selama Empat Hari
Bil.      Aspek                                   
i.        Penggunaan BBM yang pelbagai     1         2            3             4              5             min
          Kad Imbasan                                     -         -          50%        66.7%      83.3%        4.2
                                                                                         (n=3)       (n=4)       (n=5)

          Bahan Maujud                                  -         -           50%        66.7%      83.3%       4.2
                                                                                          (n=3)       (n=4)       (n=5)

          Gambar bersiri                                  -         -            -            66.7%      83.3%       4.6
                                                                                                          (n=4)       (n=5)

          Lembaran Kerja                                -         -           50%       66.7%      83.3%       4.2
                                                                                           (n=3)      (n=4)       (n=5)
ii.      Mempelbagai Kaedah Pengajaran
          Lakonan                                            -        -                -             -               -             -

          Perbualan/Dialog                                                       50%      66.7%     83.3%        4.2
                                                                   -         -              (n=3)     (n=4)      (n=5)

          Sumbang Saran                                                          50%       66.7%         -            3.6
                                                                  -          -               (n=3)    (n=4)

          Latih tubi                                        -          -               50%       66.7%    83.3%          4.2
                                                                                             (n=3)      (n=4)     (n=5)

11.5.3   Analisis Keseluruhan Pemerhatian Kesedaran Guru sewaktu                 
            Menerapkan KB  Selama Empat Hari                 _____________________________________________________________________
Bil.                 Aspek                  1         2            3             4              5                       min
______________________________________________________________________
i.      Penggunaan ayat tanya       -         -          50%        66.7%        -                        3.6
        yang pelbagai                                           (n=3)       (n=4)

ii.     Penerangan secara              -         -           50%       66.7%      83.3%                 4.2
        berulang                                                    (n=3)      (n=4)       (n=5)

iii.    Latih tubi terancang           -         -           50%        66.7%      83.3%                  4.2
                                                                          (n=3)      (n=4)        (n=5) 

iv.   Peneguhan dan ransangan   -         -           50%        66.7%      83.3%                4.2  
                                                                          (n=3)       (n=4)       (n=5)

v.  Latihan/tugasan di akhir P&P-        -            50%       66.7%      83.3%                   4.2
                                                                          (n=3)       (n=4)       (n=5)
_____________________________________________________________________                 



11.5.4 Hasil Pembelajaran Enam Kanak-kanak SD  
_____________________________________________________________________
  Responden                    Kanak-kanak SD            Penerapan KB              Peratus
_____________________________________________________________________
  Responden  1A                          A                                   Ada                            65%
  Responden  2A                          B                                    Ada                            55%
  Responden  1B                          C                                    Ada                           70% 
  Responden  2B                          D                                    Ada                            60%
  Responden  1C                          E                                    Ada                             60%
  Responden  2C                          F                                     Ada                            60%
______________________________________________________________________
 Jumlah    =  6                             6                                    Ada                           100%   
______________________________________________________________________
 
              Hasil dapatan penilaian yang dijalankan ke atas kanak-kanak SD menunjukkan kanak-kanak SD dapat menerima penerapan KB dalam P&P walaupun tidak menguasainya seratus peratus.  Latihan atau tugasan yang dijawab oleh kanak-kanak SD  ini berdasarkan topik yang telah diajar dan kanak-kanak ini dibimbing oleh  responden sewaktu menjawab.  Soalan aras rendah seperti  soalan berbentuk menguji pengetahuan dan pemahaman kanak-kanak SD boleh difahami dan diingati oleh kanak-kanak SD walaupun untuk jangka waktu yang singkat

12.0  Perbincangan Dapatan Kajian
Perbincangan dapatan kajian adalah berdasarkan  penerapan KB dalam P&P ke  atas kanak-kanak SD. Hasil analisis data yang dijalankan menunjukkan bahawa responden telah menerapkan KB dalam P&P ke atas kanak-kanak SD.  Hasil analisis data-data soal selidik, temu bual dan pemerhatian boleh diringkaskan seperti berikut:
i)              Guru telah berjaya menerapkan KB dalam P&P ke atas kanak SD melalui
            Penggunaan BBM yang sesuai dalam penerapan KB dalam P&P.
ii)             Guru mempunyai kemahiran dalam penerapan KB dalam P&P ke atas kanak-kanak SD melalui rancangan pelajaran yang dirancang.
iii)            Guru berkemahiran untuk menarik perhatian kanak-kanak SD dalam P&P melalui penggunaan BBM yang pelbagai dan melalui kaedah pengajaran pembelajaran yang pelbagai.
iv)           Guru mempunyai kesedaran sewaktu menerapkan KB dalam P&P ke atas kanak-kanak SD.



12.1  Strategi Penerapan Kemahiran Berfikir (KB) ke atas Kanak-kanak Sindrom  
          Down (SD)
              Berdasarkan analisis yang diperolehi melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian, dapatlah disimpulkan bagi tujuan penerapan KB ke atas kanak-kanak SD strategi yang berikut dapat dilakukan dengan berkesan.  


i) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) oleh guru sewaktu P&P dijalankan :
  •  praktikal
  • mudah diguna
  • berwarna
  • mudah difahami
  • maujud


ii) Kemahiran guru Menarik Perhatian Kanak-kanak SD  terhadap P&P yang dijalankan
  • Penggunaan BBM yang pelbagai
  • Kaedah pengajaran yang pelbagai
  • Kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran

             - Aksi guru
             - Penggunaan BBM
              -Nada suara


iii) Kesedaran guru sewaktu penerapan KB
  • Ayat tanya pelbagai
  • Latih tubi
  • Latihan akhir
  • Ayat tanya berulang
  • Peneguhan
         -Kesan penerapan KB ke atas Kanak- kanak SD

13.    Penutup
           Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa guru-guru pendidikan khas telah menerapkan KB dalam P&P ke atas kanak-kanak SD.  Guru pendidikan khas juga menggunakan BBM semasa proses pengajaran dan pembelajaran.  Di samping itu, mereka juga telah merancang rancangan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan penerapan KB.
Jelas sekali, segala potensi, kebolehan, dan kemahiran kanak-kanak ini perlu diasuh dengan sabar dan tekun.   Oleh itu, telah tiba masanya semua pihak memberi kerjasama bagi memastikan penerapan KB dalam P&P ke atas kanak-kanak SD ini terus mendapat keutamaan.
           










No comments:

Post a Comment