Tuesday, 10 July 2012

PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH


PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Azmi bin Abu Bakar, Suraya bt. Bai


Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri disleksia yang terdapat dalam kalangan murid prasekolah IPG Kampus Darulaman (IPDA).  Kajian ini mengadaptasi instrument The Dyslexia Early Screening Test (DEST) dan set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) yang diubahsuai sebagai senarai semak  untuk mengkaji kemahiran matematik, kemahiran bahasa (lisan, bacaan dan tulisan), memori,  pengetahuan, kemahiran motor halus dan deria persepsi. Seramai 17 sampel murid prasekolah IPDA terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan masalah ingatan merupakan masalah utama dalam kalangan sampel dengan purata sebanyak 26.78%. Masalah kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan tulisan pula menyumbang sebanyak 23.52%. Aspek kemahiran matematik yang berkaitan dengan nombor, membilang nombor dan menentukan nilai nombor tidak menunjukkan masalah yang ketara dari segi penguasaan. Hasil kajian menunjukkan perlunya dan pentingnya pengesanan dan intervensi awal simptom disleksia di peringkat prasekolah. Pendedahan kepada guru mengenai simptom disleksia dan perancangan cara menangani kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia melalui aktiviti yang bersesuaian hendaklah dilaksanakan supaya masalah penguasaan kemahiran 3M  ini tidak berlarutan apabila kanak-kanak memulakan persekolahan.
Abstract
This research meant to identify the characteristics of dyslexia in the preschool pupils at IPG Kampus Darulaman (IPDA). This study adapts The Dyslexia Early Screening Test (DEST) instrument and a set of Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) which is modified as a check list to examine mathematical proficiency, language proficiency (oral, reading and writing), recall the memory, knowledge, fine motor skills and sensory perception. Sample, as 17 preschool pupils of IPDA is involved in this study. The data was analyzed using descriptive study of percentage. Study shows,  acquired memories problems is a major problem in the sample with the percentage of  26.78%. While the issue of combine spoken and written skills contributes as much as 23.52%. Mathematical proficiency aspects related to the number, counting and specify the value for number does not indicate a problem in terms of the mastery. The results of this study indicate the needs of early intervention in early stage of dyslexia symptom primarily in preschool ratings is important to alleviate the problems. Teacher’s exposure to the dyslexic symptom and designing ways to handle the difficulties through appropriate activities should carried out so that the issue can be minimize when a child begins school.

1. PENGENALAN
Kebiasaan seorang kanak-kanak yang normal yang berumur sekitar 5 atau 6 tahun, apabila telah memasuki alam prasekolah, mereka sudah mampu untuk membaca suku kata yang mudah, mampu mengikut arahan-arahan tertentu, mampu untuk membezakan bunyi-bunyian yang mudah seperti perbezaan bunyi loceng atau tepukan tangan serta apa jua perkara yang mampu dilakukan sebagai seorang kanak-kanak pra sekolah. Namun, jika seorang kanak-kanak itu tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara tersebut, kemungkinan kanak-kanak tersebut menghidap disleksia.


1.1 Pendahuluan


1.1.1 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kementerian Pelajaran mendefinisikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut :
i.              Kebolehan Kognitif
ii.             Tingkahlaku Sosial / Perkembangan Sosial
iii.            Penguasaaan Bahasa Lisan dan Pertuturan
iv.            Penguasaan Membaca
v.             Kemahiran Perkembangan(Developmental Skills)
vi.            Kemahiran Matematik
vii.           Daya Penglihatan
viii.          Darjah Kebolehan Pendengaran
Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran memerlukan metodologi pengajaran yang menggalakkan mereka berinteraksi dan bergantung kepada keupayaan guru bagi mengenalpasti cara murid itu bertingkah laku. Kanak-Kanak ini juga sememangnya memberi tekanan emosi kepada guru dan ini mencabar dari segi tingkah laku mereka  . Guru yang mengajar kanak-kanak ini perlu menggunakan pelbagai strategi yang efektif.


1.2 Latar  Belakang
Murid disleksia merupakan sebahagian dari kategori murid bermasalah pembelajaran. Mereka mengalami masalah dalam mengenal huruf iaitu semasa membaca. Jumlah murid yang mengalami masalah ini di Malaysia masih belum diketahui. Mereka memerlukan bantuan khusus atau program khusus yang sesuai dengan tahap masalah membaca yang mereka hadapi. Murid disleksia ini tidak hanya terdapat dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga terdapat dalam kalangan golongan dewasa.
Murid disleksia memerlukan program khas yang boleh menilai kebolehannya supaya mereka dapat menerima pelajaran yang diajar sesuai dengan tahap penerimaan mereka. Hal ini kerana mereka tidak mampu menyamai tingkat penguasaan sebagaimana murid normal.
Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan mengenai pendidikan murid disleksia berkaitan dengan hal-hal seperti berikut :
i.              Pola program pendidikan murid disleksia dengan menggunakan program murid normal, program pendidikan,murid disleksia menggunakan program murid normal yang telah diubahsuaikan dan program pendidikan yang khusus untuk murid disleksia.
ii.             Sistem pendidikan murid disleksia.
iii.            Rancangan Pendidikan Individu.


2.0 Pernyataan Masalah
Disleksia bukanlah suatu konsep yang mudah untuk dijelaskan di mana kebanyakkan penyelidik bersetuju bahwa disleksia bolehlah diterangkan sebagai keadaan seseorang yang mengalami masalah membaca, menulis dan mengira yang agak serius. Masalah ini kebiasannya berkait rapat dengan gangguan urat saraf. Kanak-kanak disleksia pada umumnya adalah kanak-kanak normal tetapi mempunyai masalah yang berpunca dari kecelaruan pada bahagian otaknya.
Kajian ini  merupakan satu kajian tinjauan untuk menyelidik tahap kebolehpercayaan pelajar prasekolah IPDA. Maklumat mengenai tahap kebolehpercayaan pelajar-pelajar prasekolah ini dianggap penting bagi mengetahui sejauh manakah kebolehan mereka dalam proses pembelajaran. Di samping itu, kita juga boleh mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang lebih efektif dalam usaha untuk memperbaiki prestasi akademik di kalangan pelajar-pelajar ini.
Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi huruf. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, disleksia adalah masalah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas  atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja.
Selain masalah membaca dan mengeja, terdapat juga masalah sampingan yang lain turut menyumbang kepada kesukaran dalam pembelajaran seseorang individu. Antaranya ialah Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan kesukaran menulis , Discalculia (Dyscalulia) yang melibatkan kesukaran dalam pengajaran matematik dan masalah bahasa yang yang melibatkan kesukaran mendengar dan bertutur. Masalah sampingan ini selalunya bertindihan antara satu sama lain dan sukar untuk dikesan.
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Mereka juga mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.
Antara ciri-ciri disleksia yang dapat dikenalpasti di peringkat pra sekolah berkemungkinannya adalah lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya.
Masalah yang berkaitan dengan murid disleksia ini  berkaitan dengan kesilapan semasa membaca  huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik), tidak dapat membezakan nombor 15 dengan 51 ,perkataan “was” menjadi “saw”, huruf “b” menjadi “d”. Mereka juga mengalami kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan yang diberikan. Jika tidak dikenalpasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan gangguan emosi (kemurungan), masalah tingkah laku (melawan, kecelaruan tingkah laku) dan rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah).

2.1 Objektif  Kajian

i.   Mengenalpasti ciri-ciri disleksia dalam kalangan murid prasekolah IPDA.
2.2 Soalan Kajian
i.   Adakah terdapat ciri-ciri disleksia dalam kalangan murid prasekolah IPDA?
       
            2.3 Kepentingan kajian
Kajian ini diharapkan dapat membantu guru prasekolah dalam mengenalpasti murid bermasalah disleksia dan mengetahui tentang kepentingan mengenali simptom-simptom disleksia dengan lebih jelas dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah.
Selain itu, hasil kajian ini juga dapat membantu guru-guru untuk mengkaji dan mengatasi kelemahan serta kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis , mengeja serta dapat membaca dengan baik.
Di samping itu, hasil kajian ini dapat membantu kanak-kanak prasekolah ini mempertingkatkan lagi potensi pembelajaran mereka  dengan menggunakan pendekatan pelbagai  deria seperti deria sentuhan dan deria pendengaran melalui ritma atau bunyi perkataan  dan huruf. 


2.4 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan  di prasekolah IPDA. Segala maklumat dan data yang diperolehi dari kajian adalah dari sumber soal selidik, senarai semak, temubual dan pemerhatian. Kajian ini mempunyai batasan-batasan seperti berikut :
·         Kajian ini terhad kepada hubungan antara kumpulan pelajar yang mengalami simptom disleksia secara rawak.

·         Pemilihan kumpulan sampel adalah secara rawak tanpa pertimbangan jantina dan umur.


2.5  Takrif Istilah
Bagi menjelaskan lagi kajian yang dijalankan ini, pengkaji akan mentakrifkan istilah-istilah yang akan digunakan :


2.5.1 Simptom
Tanda-tanda yang dialami oleh seseorang individu yang tidak diketahui dan perlu mendapat pengesahan dari pakar perubatan.


2.5.2 Disleksia
Ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan di antara bunyi-bunyi  dan  huruf-huruf.


2.5.3 Prasekolah
Murid yang berumur antara 5 - 6 hingga tahun, dipilih secara rawak tanpa pertimbangan jantina dan bangsa.


2.6 Pola Program Pendidikan Murid Disleksia
            Bagi memenuhi keperluan pendidikan murid disleksia maka beberapa bentuk program alternatif dibentuk sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan kurikulum sekolah murid normal, menggunakan kurikulum sekolah murid normal yang telah disesuaikan dan menggunakan kurikulum khusus. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kurikulum pendidikan yang diperuntukkan bagi murid disleksia ini fleksibel dan memiliki alternatif yang pelbagai dan sesuai dengan keperluan mereka.

2.7 Menggunakan kurikulum sekolah biasa/normal.
Pengurusan pendidikan yang menyediakan program yang pelbagai memerlukan dana yang banyak untuk persiapan dan perlaksanaannya. Pengguanan kurikulum pendidikan bersama antara murid disleksia dan murid normal tidak menjadi masalah bagi mengembangkan potensi murid disleksia, asalkan mereka mendapat perhatian khas sesuai dengan keperluan mereka. Jadi pengembangan potensi murid disleksia yang menggunakan program pendidikan murid normal tidak boleh diabaikan dengan pendidikan secara khusus.. Berdasarkan penjelasan ini, maka halangan yang dihadapi pendidikan murid disleksia perlu ditiadakan. Penggunaan kurikulum pendidikan bersama tersebut mempunyai beberapa masalah iaitu guru tidak terlatih secara khusus serta tidak mampu menghadapi murid disleksia, dan  murid disleksia yang lambat menyesuaikan diri akan cepat merasa putus asa dan tertinggal dalam pelajarannya.
           
             2.8 Sistem Pendekatan Pendidikan Murid Disleksia           
      Pengurusan pendidikan murid disleksia dapat dilakukan dengan pelbagai pendekatan. Misalnya melalui lawatan guru ke kelas-kelas khas , guru pembimbing dan kelas biasa. Jenis pendekatan pendidikan bagi murid disleksia tersebut hendaklah bersesuaian dengan perlaksanaanya kerana  banyak bergantung pada keadaan dan keperluan murid disleksia, sumber kewangan dan guru sebagai pelaksana program itu. Berikut adalah sistem pendekatan pendidikan yang diterapkan .


             2.8.1 Kelas Khas
Kelas Khas merujuk kepada sistem pentadbiran dan pelaksanaan pendidikan murid disleksia bersama dengan murid normal. Pendekatan ini lebih baik kerana murid disleksia boleh berinteraksi dengan murid normal dan tidak terbatas sesama mereka sahaja. Sistem ini juga membolehkan mereka ini belajar bersama-sama murid normal bagi mata pelajaran pendidikan jasmani sebagai contoh. Di samping itu kurikulum yang digunakan untuk murid disleksia ini umumnya kurikulum sekolah biasa yang diubah bagi membolehkan murid disleksia ini mengikutinya dan sesuai dengan keperluan dan keadaan mereka.


2.8.2 Ruang Sumber
Ruang sumber merujuk kepada pendekatan pendidikan murid disleksia di mana perlaksanaan program pendidikannya bersama pendidikan murid normal menggunakan ruang khusus sebagai tempat perunding. Mereka memerlukan layanan khusus dan tempat belajar yang selesa.


2.8.3 Kelas Biasa
Kelas biasa merujuk pada pendekatan murid disleksia dan perlaksanaannya seiring dengan pentadbiran pendidikan kanak-kanak normal dengan menggunakan khidmat guru pembimbing yang khusus. Di Malaysia program ini telah diterapkan. Namun begitu penekanannya amat lemah sekali dan inilah satu cabaran bagi pakar pendidikan khas di Malaysia.


   2.9 Teori/Model Kajian
            Kanak-kanak khas dan bermasalah pembelajaran yang mereka hadapi untuk membaca,menulis dan mengira berterusan ditemui oleh guru-guru khas. Belajar membaca,menulis dan mengira dalam apa jua bahasa dianggap sebagai satu aktiviti manusia yang sangat kompleks. Oleh sebab membaca, menulis dan mengira merupakan aktiviti yang kompleks, pembelajaran mata pelajaran tersebut merupakan tugasan yang sukar bagi kebanyakan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Tidak boleh dinafikan bahawa ,kanak-kanak perlu mengembangkan kebolehan membaca, menulis dan mengira sebagai bahagian penting kemahiran pembelajaran agar dapat berjaya dalam bidang akademik.


2.10 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan dalam mengenalpasti kanak-kanak atau pelajar yang mempunyai ciri-ciri disleksia. Dalam kajian ini telah melaksanakan pemerhatian secara langsung ke atas sampel-sampel kajian dengan meliputi pemerhatian kemahiran, pengetahuan dan tahap keupayaan mental dan fizikal bagi memperolehi dapatan kajian yang lebih tepat. Kajian ini menggunakan  pendekatan kuantitatif dan kualitatif melalui instrument kajian yang menghasilkan dapatan dalam bentuk numerik  yang akan dihuraikan melalui penulisan deskriptif.
Dalam proses mengenalpasti kanak-kanak bersimptom disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2001) iaitu secara ujian dan secara senarai semak. Kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond,L & Hughes,P. 1990). Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan dan Ujian Saringan ianya mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan, literasi, urutan dan yang berkaitan.


3.0 Analisis  Data
Penganalisaan data dilakukan dengan penjumlahan keputusan subujian secara manual mengikut borang-borang tersedia dalam pakej ujian. Data-data dari rekod subujian akan dianalisis untuk pengiraan indeks. Data yang telah diklasifikasikan indeksnya akan dirumuskan dalam borang keputusan ujian yang akan menunjukkan kadar pencapaian setiap ujian dengan jelas melalui paparan graf yang mudah untuk diinterpretasikan bagi pencapaian setiap individu untuk tujuan tindakan perancangan pengajaran dan pembelajaran. Penganalisaan data juga dibuat menggunakan kaedah peratusan. Statistik deskriptif  akan digunakan bagi menerangkan kadar bilangan kanak-kanak yang didapati mempunyai simptom disleksia dalam frekuensi peratusan.


3.1 Dapatan Kajian
Data yang diperolehi adalah berdasarkan senarai semak yang dijalankan melalui pemerhatian, perbincangan, temubual dan pemerhatian hasil kerja kanak-kanak. Senarai semak berkaitan ialah Senarai Semak Disleksia, Borang Pemerhatian Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah, Senarai Semak Lambat Kematangan dan Senarai Semak Ujian Diagnostik (Menulis). Senarai semak-senarai semak ini mengandungi beberapa subtopik yang memberi fokus kepada simptom-simpton yang berkaitan dengan disleksia dalam kalangan kanak-kanak.


3.2 Senarai Semak Disleksia
Melalui Senarai Semak Disleksia terdapat beberapa subtopik yang diperhatikan untuk menentukan ciri-ciri disleksia kanak-kanak. Diantaranya ialah masalah ingatan, masalah pertuturan dan fonologikal, masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis, masalah tumpuan, dan masalah visual motor. Dapatan data adalah seperti jadual di bawah.

3.2.1 Masalah ingatan

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Sukar mengingati arahan
4
23.52
2
Masalah mempelajari kemahiran bahasa yang asas seperti abjad dan bunyi.
4
23.52
3
Sukar mengingati perkataan yang bari dibaca.
4
23.52
4
Masalah mempelajari sesuatu yang melibatkan urutan.
2
11.76
5
Sukar mengingati ejaan sesuatu perkataan untuk tempoh lama.
2
11.76
6
Keliru dengan urutan huruf dan digit seperti 13 dan 31.
3
17.64
7
Masalah matematik mengira dengan jari.
10
58.82
8
Menyalin dengan tidak tepat.
4
23.52
9
Kesalahan ejaan yang sama dan berulangan.
4
23.52

Jadual 1 Masalah Ingatan

Beberapa item penguasaan kemahiran dirujuk terhadap kanak-kanak berdasarkan jadual di atas. Secara keseluruhannya sebanyak 24.17% dari kanak-kanak pra sekolah mengalami masalah ingatan. Masalah ketara yang dapat dilihat ialah penguasaan dalam kemahiran membilang menggunakan jari di mana 10 orang kanak-kanak iaitu 58.82% tidak menguasai kemahiran tersebut.


3.2.2 Masalah pertuturan dan fonologikal

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Susah mendapat perkataan yang sesuai semasa bercakap.
2
11.76
2
Masalah menyebut perkataan yang  panjang
2
11.76
3
Masalah menyebut perkatan bergabung.
2
11.76
4
Masalah mengenal pasti dan membaca ‘rhymes’.
2
11.76
5
Masalah mengenal pasti dan membaca perkataan yang bermula dengan sukukata yang hampir sama.
2
11.76
6
Masalah mempelajari fonik.
2
11.76
7
Lewat menguasai kemahiran bertutur.
2
11.76
8
Masalah struktur bahasa dalam penulisan
2
11.76

Jadual 2 Masalah pertuturan dan fonologikal

Melalui pemerhatian penguasaan pertuturan dan fonologikal, secara keseluruhannya, terdapat 2 orang kanak-kanak yang tidak menguasai semua kemahiran yang diuji. Jumlah ini mewakili 11.76% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak yang dikaji.

3.2.3 Masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis.

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Lambat untuk mendapat perkaitan antara bunyi dan huruf.
4
23.52
2
Mampu mengeja sesuatu perkataan secara lisan tetapi tidak dapat menuliskan  perkataan tersebut.
4
23.52
3
Sukar menyampaikan idea secara bertulis.
4
23.52
4
Sukar menyampaikan ideanya secara bertulis Terlangkau atau terlebih perkataan dalam penulisannya        .
4
23.52
5
Membaca perkataan yang tidak ada pada buku
4
23.52
6
Pembacaan yang kurang kelancaran dan kelajuan yang tidak sesuai.
4
23.52

Jadual 3 Masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis.

Pemerhatian yang dijalankan berkaitan kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis menunjukan secara keseluruhannya terdapat sebilangan 23.52% kanak-kanak yang tidak menguasai kemahiran ini. Purata seramai 4 orang kanak-kanak didapati tidak menguasai keseluruhan kemahiran yang diperhatikan.

3.2.4 Masalah tumpuan

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Selalu berkhayal atau berangan dalam kelas.     
1
5.88
2
Senang tertarik kepada ransangan lain.
2
11.76
3
Didiagnostic bermasalah ADHD.           
0
0
4
Tidak boleh duduk diam,selalu merengek.
1
5.88
5
Bertindak mengikut gerak hati, membuta tuli (impulsive),selalu bergerak tanpa berfikir dan menjerit dalam kelas.
1
5.88
6
Melakukan banyak kesilapan yang cuai.
1
5.88
7
Hanya boleh bertumpu pada pembacaan untuk jangka masa yang pendek.
4
23.52
8
Organisasi diri yang lemah, selalu lupa di mana letaknya sesuatu.
4
23.52

Jadual 4 Masalah tumpuan


Sebanyak lapan item diperhatikan dalam penguasaan tumpuan. Melalui pemerhatian yang dijalankan terdapat sebilangan 10.97% kanak-kanak tidak menguasai atau kurang memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Kebanyakan kanak-kanak ini hanya dapat memberi tumpuan singkat sepanjang proses atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3.2.5 Masalah visual motor

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Lambat menguasai kemahiran menulis berbanding kanak-kanak lain.
4
23.52
2
Hasil kerja yang lemah, tidak kemas, comot dan gaya menulis yang tidak sesuai.        
4
23.52
3
Keliru dengan huruf kecil dan huruf besar.
4
23.52
4
Lambat menghabiskan kerja sekolah.
4
23.52
5
Koordinasi fizikal yang lemah dan pergerakan yang kekok.
4
23.52
6
Hilang baris semasa membaca.
4
23.52
7
Menulis huruf dan nombor secara terbalik,contohnya “b” dan “d”.
4
23.52
8
Tidak suka bermain “puzzle” dan melukis semasa peringkat awal kanak-kanak.     
2
11.76
9
Tangan mudah menjadi letih.
2
11.76
10
Postur yang tidak betul dan tidak stabil semasa bekerja di meja atau duduk di lantai.                     
2
11.76

Jadual 5 Masalah visual motor

Pemerhatian penguasaan kemahiran visual motor menunjukkan 19.99% kanak-kanak prasekolah tidak menguasai kemahiran ini. Keseluruhannya terdapat seramai 4 orang kanak-kanak yang menunjukkan kurang penguasaan visual motor melalui pemerhatian hasil kerja, koordinasi dan postur fizikal yang ditunjukkan.


3.3 Pemerhatian Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah (Bahasa)

3.3.1 Masalah Bacaan

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Bacaan yang lemah.
2
11.76
2
Tidak tahu intonasi yang betul.
2
11.76
3
Sebutan yang tidak betul.
2
11.76
4
Bacaan dengan tiada perasaan. 
2
11.76
5
Lemah dalam kefahaman.
2
11.76
6
Tertinggal perkataan bila membaca atau menambahkan perkataan.

2
11.76
7
Gagal untuk mengenali perkataan biasa.

2
11.76
8
Gagal untuk memahami apa yang dibaca.

2
11.76

Jadual 6 Masalah Bacaan

Pemerhatian berkaitan kemahiran bacaan menunjukkan terdapat 2 orang kanak-kanak tidak menguasai kemahiran bacaan dengan baik. Bilangan ini membawa kepada 11.76% dari jumlah keseluruhan mereka. Sebanyak 8 item kemahiran yang diperhatikan dalam kemahiran ini.


3.3.2 Masalah tulisan

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Lambat menyalin

2
11.76
2
Penat bila banyak menulis.

2
11.76
3
Kesilapan ejaan yang banyak dalam rencana.

2
11.76
4
Kerja tulis lemah banding dengan lisan.
2
11.76
5
Tulisan kotor ( potong sana-sini)

2
11.76
6
Keliru dengan huruf seakan-akan b/d , p/g, p/q.

4
23.52
7
Mengeja perkataan dengan pelbagai cara.

2
11.76
8
Tulisan tidak mengikut garisan.
4
23.52
9
Tidak ada tanda bacaan.
4
23.52
10
Huruf besar/kecil permulaan ayat, nama am/khas.

4
23.52
11
Cara memegang pensil yang tidak betul.

0
0

Jadual 7 Masalah tulisan
Kemahiran menulis pula menunjukkan pencapaian 83.58% kanak-kanak menguasai kemahiran dengan baik. Ini menunjukkan sebilangan 16.42% kanak-kanak kurang menguasai kemahiran ini berdasarkan 11 item yang diperhatikan.

3.3.3 Masalah nombor

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Keliru dengan nombor.

2
11.76
2
Keliru dengan symbol + atau  -.

2
11.76
3
Susah dalam mengingati perkara yang berturutan seperti hari, bulan, tahun, abc dan sebagainya.

2
11.76
4
Sifir 2 hingga 10

2
11.76

Jadual 8 Masalah nombor

Penguasaan kemahiran nombor menunjukkan hanya 2 orang kanak-kanak tidak menguasai dengan baik. Secara keseluruhan bilangan ini menunjukkan nilai 11.76% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak prasekolah yang dikaji.

3.3.4 Masalah mengenal masa

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Susah dalam memberitahu masa.

4
23.52
2
Tidak pandai mengawal masa.

4
23.52
3
Organisasi dan pengurusan diri yang lemah.

4
23.52
4
Susah untuk mengingati tarikh lahir dan tarikh penting.

4
23.52
5
Konsep yang lemah.

4
23.52

Jadual 9 Masalah mengenal masa

Sebanyak 5 item yang berkaitan dengan kemahiran mengenal masa digunakan dalam senarai semak ini. Penguasaan kemahiran berkaitan masa menunjukkan seramai 4 orang murid masih belum menguasainya dengan baik. Bilangan ini merupakan 23.52% dari jumlah semua kanak-kanak yang diperhatikan.
Graf di bawah menunjukkan keseluruhan data berkaitan pemerhatian simptom disleksia kanak-kanak prasekolah.
Rajah 2 Graf pemerhatian Disleksia kanak-kanak prasekolah(bahasa)


3.4 Senarai Semak Lambat Kematangan

3.4.1 Masalah Main dan Rekreasi

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Lebih suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih muda           
1
5.88
2
Lebih suka bermain mainan aktiviti  yang biasanya diminati oleh kanak-kanak yang lebih muda                   
1
5.88
3
Masih menikmati rancangan TV yang diminati semasa peringkat yang sangat kecil                                                      
1
5.88
4
Gurauan yang mirip kepada kanak-kanak yang lebih kecil           
1
5.88
5
Berada pada peringkat main khayalan dan imaginative (main peranan) untuk masa yang panjang berbanding kanak-kanak lain           
1
5.88
6
Takut pada cerita  serta wayang gambar  yang seram berbanding dengan kanak-kanak sebaya.                      
1
5.88

Jadual 10 Masalah Main dan Rekreasi

Pemerhatian seterusnya yang dijalankan adalah berkaitan senarai semak lambat kematangan. Terdapat 5 subtopik yang diperhatikan dalam kajian yang berkaitan aspek kematangan ini. Dalam pemerhatian yang dijalankan berkaitan kemahiran berinteraksi sosial iaitu bermain dan rekreasi, hanya seorang murid sahaja yang kurang menguasai item-item yang diperhatikan. Jumlah ini mewakili sebanyak 5.88% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak prasekolah yang dikaji.


3.4.2 Masalah Ketidakmatangan Sosial

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Takut dan tidak mengambil inisiatif berkenalan dengan rakan baru yang sebaya.
1
5.88
2
Tidak dapat memulakan sesuatu  permainan  dengan rakan sebaya.
1
5.88
3
Tidak menyertai rakan sebaya  kecuali dijemput atau diberi galakan.
1
5.88
4
Meminta bantuan orang dewasa untuk menyelesaikan masalah kecil dengan kawan lain.
1
5.88
5
Senang mempercayai orang lain dan lebih menyenangi dipimpin.
1
5.88
6
Sering menangis apabila berhadapan dengan masalah.
           
1
5.88
7
Tidak pandai mengawal tingkah laku sendiri.

1
5.88
8
Bercakap dan bertingkah laku yang tidak sesuai untuk peringkat umurnya.

1
5.88

Jadual 11 Masalah Ketidakmatangan Sosial

Pemerhatian berkaitan kematangan sosial menunjukkan hanya seorang kanak-kanak prasekolah sahaja yang belum mengusai item-item yang diperhatikan berbanding rakan-rakan yang lain. Oleh itu bilangan ini hanya mewakili 5.88% dari keseluruhan kanak-kanak yang dikaji.

3.4.3 Masalah Tumpuan Lemah

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Tumpuan yang lemah berbanding kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama.
2
11.76
2
Sukar member komitmen kepada kerja yang tertentu, lebih suka bermain.
2
11.76
3
Sukar duduk diam, selalu bergerak.
2
11.76

Jadual 12 Masalah Tumpuan Lemah

Pemerhatian berkaitan masalah tumpuan hanya melibatkan tiga item. Hasil pemerhatian mendapati hanya 2 orang kanak-kanak prasekolah sahaja yang kurang memberi tumpuan sepenuhnya dalam aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran. Bilangan ini mewakili 11.76% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak yang diperhatikan.


3.4.4 Masalah Ketidakmatangan Akademik

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Tidak dapat setanding dengan kanak-kanak lain dalam bahasa, sperti kemahiran membaca, mengeja dan menulis.
2
11.76
2
Tidak dapat standing dengan kanak-kanak lain dalam matematik.
2
11.76
3
Tidak meminta bantuan apabila diperlukan.
2
11.76
4
Hasil kerja, tulisan yang tidak matang.   
2
11.76
5
Tidak boleh belajar atas inisiatif sendiri. 
2
11.76

Jadual 13 Masalah Ketidakmatangan Akademik

Kematangan akademik merupakan salah satu aspek yang dinilai dalam kajian ini. Terdapat lima item yang diperhatikan berkaitan kematangan  akademik. Dapatan menunjukkan terdapat 2 orang kanak-kanak prasekolah yang masih lagi kurang menguasai tahap yang sepatutnya dikuasai di peringkat prasekolah dengan peratusan sebanyak 11.76%.

3.4.5 Masalah Ketidakmatangan Bahasa

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Pertuturan yang tidak matang.
2
11.76
2
Kadang-kadang  menggunakan bahasa   seperti kanak-kanak kecil( “wee  wee”).
2
11.76
3
Kosa kata dan pengetahuan am tidak mencukupi berbanding kanak-kanak sebaya.          
2
11.76
4
Bercakap pada peringkat umur yang lebih lewat.
2
11.76

Jadual 14 Masalah Ketidakmatangan Bahasa

Kemahiran penguasaan berbahasa yang diperhatikan, mendapati terdapat 2 orang kanak-kanak masih belum menguasai kemahiran ini berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Jumlah peratusan yang masih tidak menguasainya ialah 11.76%. 


3.5 Senarai Semak Matematik

3.5.1 Masalah Menamakan Nombor

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Mengenal angka 0-5 (menyebut)

0
0
2
Menayangkan kad imbasan secara rawak, murid sebut 0 – 5.(menamakan)

1
5.88

Jadual 15 Masalah Menamakan Nombor

Dalam kemahiran matematik terdapat beberapa aspek yang diperhatikan. Diantaranya ialah menamakan nombor. Pemerhatian yang dibuat berkaitan kemahiran ini menunjukkan hanya seorang kanak-kanak masih belum menguasainya dengan peratusan sebanyak 5.88%.

3.5.2 Masalah Membilang Objek 1-10

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Bilang tertib menaik dan menurun.
Membilang objek satu-satu 1 – 10.

0
0
2
Penekanan diberikan kepada langkauan genap dan ganjil seperti  :

2, 4, 6, 8....      1, 3, 5, 7………..

2
11.76
3
Menyuruh murid membilang nombor sambil menaiki tangga.

0
0

Jadual 16 Masalah Membilang Objek 1-10

Dalam kemahiran membilang, hanya 2 orang kanak-kanak masih belum menguasai kemahiran membilang secara gandaan dua-dua atau tiga-tiga. Dua lagi item yang dinilai dalam aspek ini menunjukkan penguasaan 100% kanak-kanak prasekolah.

3.5.3 Masalah Rangkaian Nombor

Kemahiran
Bilangan tidak menguasai
Peratus (%)
1
Melengkapkan rangkaian nombor (1- 10)

2
11.76
2
Nombor mempunyai kuantiti 1 – 10
2
11.76
3
Memadankan beberapa benda maujud dengan kad nombor yang sama nilai.

2
11.76

Jadual 17 Masalah Rangkaian Nombor

Kemahiran membilang rangkaian nombor juga dinilai dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan seramai 2 orang kanak-kanak masih belum menguasainya dengan baik.


4.0 Rumusan
Bahagian ini membincangkan keputusan yang diperolehi melalui kajian. Perbincangan dalam bahagian ini ialah mengenai hasil atau dapatan kajian yang dijalankan. Secara umumnya, perbincangan kajian ini dibahagikan kepada perbincangan dan rumusan hasil kajian.  


4.1 Perbincangan hasil kajian
Pengesanan awal risiko disleksia ini mengandungi 4 ujian utama yang menguji pelbagai kemahiran. Ujian atau pemerhatian yang dijalankan adalah merujuk kepada senarai semak disleksia (umum), pemerhatian disleksia kanak-kanak prasekolah (bahasa), senarai semak kematangan dan senarai semak matematik. Setiap ujian ini mengandungi beberapa item yang diperhatikan untuk menilai simptom disleksia yang mungkin ada pada kanak-kanak-kanak prasekolah dalam kajian yang dijalankan.
            Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan melalui senarai semak disleksia, keupayaan ingatan dan kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bertulis merupakan masalah utama yang di hadapi oleh kanak-kanak prasekolah tersebut. Berhubung dengan masalah ingatan juga seramai 10 orang kanak-kanak prasekolah masih tidak menguasai kemahiran membilang menggunakan jari. Pemerhatian mengenai kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis mendapati seramai 4 orang kanak-kanak tidak menguasai kesemua enam item yang diperhatikan. Kesemua kanak-kanak ini mampu bertutur dengan baik dan lancar, namun apabila diminta untuk melahirkan idea atau jawapan secara bertulis, mereka mengalami sedikit kesukaran untuk melakukannya.
            Melalui pemerhatian ciri-ciri disleksia kanak-kanak prasekolah di dalam aspek bahasa, terdapat seramai 4 orang kanak-kanak keseluruhannya yang masih tidak dapat menguruskan masa atau menguasai kemahiran berkaitan masa dengan baik. mereka juga didapati sukar untuk mengingati tarikh serta sukar untuk memberitahu waktu dalam jam. Dalam penulisan yang berkaitan dengan nombor, kanak-kanak ini juga didapati mengalami kesukaran.
            Senarai semak ketiga yang diperhatikan ialah senarai semak mengenai kematangan kanak-kanak. Hasil pemerhatian menerusi senarai semak menunjukkan terdapat beberapa aspek yang kurang dikuasai oleh kanak-kanak. Di antaranya ialah aspek tumpuan, kematangan akademik dan kematangan bahasa. Ketiga-tiga aspek ini menunjukkan sebilangan 11.76% kana-kanak masih belum menguasai kemahiran ini. Namun begitu, untuk aspek kematangan sosial hanya seorang kanak-kanak sahaja yang didapati masih belum dapat menguasai kemahiran bersosialisasi dengan baik. 
            Senarai semak keempat yang diperhatikan ialah senarai semak kemahiran matematik. Melalui senarai semak ini didapti seramai 2 orang kanak-kanak masih gagal menguasai dengan baik kebanyakan item yang diperhatikan. Kemahiran membilang rangkaian nombor dan membilang objek merupakan dua masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak ini berbanding kemahiran menamakan nombor.


4.2 Rumusan perbincangan
Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kanak-kanak prasekolah di IPG Kampus Darulaman boleh dikatakan tidak mengalami risiko simptom disleksia yang tinggi. Kegagalan sebilangan kecil mereka menguasai kemahiran yang diperhatikan melalui senarai semak mungkin bersifat sementara.
            Oleh itu bagi memastikan kanak-kanak ini mampu menguasai kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, mereka perlu diberi latihan, sokongan dan galakan yang berterusan. Guru perlu berusaha menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk memastikan mereka berminat melakukan aktiviti yang memerlukan penumpuan yang tinggi (menulis, melukis, membaca). Aktiviti-aktiviti yang menarik dan mudah diterima adalah alternatif atau penambahbaikan kepada cara pelaksanaan semasa. Cara ini dapat membantu mereka lebih berminat dan fokus terhadap pembelajaran seperti menulis, membaca dan sebagainya.

5.0 Kesimpulan
Bab ini menerangkan rumusan hasil yang diperolehi. Terdapat dua perkara utama yang dibincangkan dalam bab ini iaitu rumusan kajian yang merangkumi bab 1 hingga bab 4 dan bahagian yang kedua merangkumi implikasi, masalah, limitasi, pendapat dan pandangan pengkaji terhadap hasil kajian yang diterangkan dalam bahagian ini.


5.1 Rumusan Kajian
Seperti yang diketahui, disleksia merupakan masalah dalam pembelajaran. Disleksia adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar. Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak.
             Jika dahulu, masyarakat kurang diberi pendedahan mengenainya, namun sekarang ia semakin mendapat perhatian oleh pelbagai pihak. Media-media elektronik dan media cetak turut menyumbang dalam memberi maklumat mengenai disleksia. Para ibu bapa juga turut memberi  perhatia tentang masalah pembelajaran ini.
            Kajian mengenai simptom disleksia ini amat penting dalam mengesan masalah disleksia pada peringkat awal. Mengesan disleksia pada peringkat awal sangat membantu dalam menentukan strategi yang sesuai. Strategi yang sesuai ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak yang menghidap disleksia untuk lebih berjaya dalam kehidupan seperti insan normal lain. Kewujudan persatuan-persatuan yang berkaitan seperti Persatuan Disleksia Malaysia telah memberi ruang kepada kanak-kanak yang menghidap disleksia agar mempunyai masa depan yang lebih berjaya dan mampu untuk berdikari dengan sendirinya.


5.2 Implikasi kajian
Melalui kajian ini pelbagai pihak semakin sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai risiko disleksia agar dapat menangani masalah yang dihadapi. Hal ini seterusnya membantu kanak-kanak untuk menguasai proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Akhirnya akan membentuk generasi akan datang yang tinggi pengetahuan dan menjadi pelapis negara yang cemerlang.
Keputusan kajian telah mendapati sindrom disleksia tidak dihadapi semua kanak-kanak prasekolah, namun begitu terdapat beberapa peratus kanak-kanak yang menghadapinya harus diberikan bantuan dan sokongan. Oleh itu senarai semak pengesanan awal yang digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri disleksia boleh diaplikasi dalam ujian seterusnya. Dengan pengenalpastian ini, langkah-langkah pada peringkat awal dapat dilakukan bagi membentuk kanak-kanak yang menguasai pembelajaran dan pengajaran yang diberikan.



RUJUKAN
Abd.Rahim  bin Talib (2007),HSBL1103 Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak
Masalah Pembelajaran.Fakulti Pendidikan dan Bahasa,Open Universiti
Malaysia  (OUM),Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Bold, 2000.  Disleksia : kit penerangan asas. Pulau Pinang : Bureau on Learning.
Chua Tee Tee,Koh Boh Boon (1992),Pendidikan Khas dan Pemulihan-Bacaan
Asas,Dewan      Bahasa dan pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur.

Hammond, L & Hughes, P.1990. When bright kids fail:how to help children overcome 
          specific learning difficulties. Australia : Simon and Schuster.

Jamila K.A Mohamed.(2006).Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
Mohd.Sharani Ahmad(2004),Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar, PTS
Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Musa Abdul Wahab. 2002. Tinjauan Ciri-Ciri Disleksia Di Kalangan Murid-Murid 
Pemulihan di Zon Pudu, Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.




1 comment:

  1. Tahniah atas penjelasan yang baik. Banyak membantu saya dalam menyediakan tugasan berkaitan tajuk ini.

    ReplyDelete