Tuesday 10 July 2012

TELADAN SALAFUSSOLEH



Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Shimasah, beliau pergi berjumpa Ummul Mukminin Aisyah r.ha. untuk bertanya kepada Aisyah mengenai suatu masalah.
          Aisyah bertanya : " Dari mana kamu datang?"
   Abdul Rahman menjawab : "Aku seorang lelaki dari Mesir."
         Aisyah berkata : "Bagaimana keadaan para pemimpin engkau dalam peperangan kamu ini?"
  Jawab Abdul Rahman : " Tidak ada sesuatu yang boleh kami kritik tentangnya. Sekiranya seorang lelaki kematian untanya, dia akan menggantikannya. Jika seorang hamba mati pula, dia akan menggantikannya dengan hamba yang lain. Jika ada yang memerlukan belanja, dia juga akan memberikannya."
         Aisyah berkata : "Jika begitu, perbuatannya terhadap adikku Muhammad bin Abu Bakar tidak akan menghalang aku untuk menyampaikan kepadamu apa yang aku dengar daripada sabda Rasulullah s.a.w. di rumah ini yang bermaksud : ' Ya Allah, sesiapa yang memegang tampuk pemerintahan daripada kalangan umat ini dan jika dia menyusahkan mereka (rakyat), maka susahkan dia! Sesiapa yang berbuat baik kepada rakyatnya, maka baiklah terhadapnya." (Riwayat Muslim)
        Menurut Imam al-Nawawi dalam mengulas hadis ini : "Begitulah sepatutnya disebut kebaikan seseorang 
kebaikan seseorang yang berbuat baik tanpa mengambil kira permusuhan yang berlaku di antaranya."
        Para ulama juga berselisih pendapat mengenai keadaan pembunuhan Muhammad bin Abu Bakar (adik Sayidatina Aisyah) itu. Ada yang mengatakan beliau terbunuh dalam peperangan, dibunuh dalam tahanan dan sebagainya.Pemerintah Mesir pada waktu itu ialah Mu'awiyah bin Hudaij.
        Demikianlah secebis kisah yang boleh dijadikan sebagai pedoman dan panduan hidup kita dalam menghadapi suasana fitnah, lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini. 

No comments:

Post a Comment