PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK
PRASEKOLAH
Azmi bin Abu Bakar, Suraya bt. Bai
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri disleksia yang
terdapat dalam kalangan murid prasekolah IPG Kampus Darulaman (IPDA). Kajian ini mengadaptasi instrument The
Dyslexia Early Screening Test (DEST) dan set Ujian Awal Pengesahan Disleksia
(UAPD) yang diubahsuai sebagai senarai semak
untuk mengkaji kemahiran matematik, kemahiran bahasa (lisan, bacaan dan
tulisan), memori, pengetahuan, kemahiran
motor halus dan deria persepsi. Seramai 17 sampel murid prasekolah IPDA
terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan
peratusan. Dapatan kajian menunjukkan masalah ingatan merupakan masalah utama
dalam kalangan sampel dengan purata sebanyak 26.78%. Masalah kemahiran
menggabungkan bahasa lisan dan tulisan pula menyumbang sebanyak 23.52%. Aspek
kemahiran matematik yang berkaitan dengan nombor, membilang nombor dan
menentukan nilai nombor tidak menunjukkan masalah yang ketara dari segi
penguasaan. Hasil kajian menunjukkan perlunya dan pentingnya pengesanan dan
intervensi awal simptom disleksia di peringkat prasekolah. Pendedahan kepada
guru mengenai simptom disleksia dan perancangan cara menangani kesukaran yang
dihadapi oleh kanak-kanak disleksia melalui aktiviti yang bersesuaian hendaklah
dilaksanakan supaya masalah penguasaan kemahiran 3M ini tidak berlarutan apabila kanak-kanak
memulakan persekolahan.
Abstract
This research meant to identify the characteristics of
dyslexia in the preschool pupils at IPG Kampus Darulaman (IPDA). This study
adapts The Dyslexia Early Screening Test (DEST) instrument and a set of Ujian
Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) which is modified as a check list to examine
mathematical proficiency, language proficiency (oral, reading and writing),
recall the memory, knowledge, fine motor skills and sensory perception. Sample,
as 17 preschool pupils of IPDA is involved in this study. The data was analyzed
using descriptive study of percentage. Study shows, acquired memories problems is a major problem
in the sample with the percentage of
26.78%. While the issue of combine spoken and written skills contributes
as much as 23.52%. Mathematical proficiency aspects related to the number,
counting and specify the value for number does not indicate a problem in terms
of the mastery. The results of this study indicate the needs of early
intervention in early stage of dyslexia symptom primarily in preschool ratings
is important to alleviate the problems. Teacher’s exposure to the dyslexic
symptom and designing ways to handle the difficulties through appropriate
activities should carried out so that the issue can be minimize when a child
begins school.
1. PENGENALAN
Kebiasaan seorang
kanak-kanak yang normal yang berumur sekitar 5 atau 6 tahun, apabila telah
memasuki alam prasekolah, mereka sudah mampu untuk membaca suku kata yang
mudah, mampu mengikut arahan-arahan tertentu, mampu untuk membezakan
bunyi-bunyian yang mudah seperti perbezaan bunyi loceng atau tepukan tangan
serta apa jua perkara yang mampu dilakukan sebagai seorang kanak-kanak pra
sekolah. Namun, jika seorang kanak-kanak itu tidak mampu untuk melakukan
perkara-perkara tersebut, kemungkinan kanak-kanak tersebut menghidap disleksia.
1.1 Pendahuluan
1.1.1 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kementerian Pelajaran
mendefinisikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang
telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai
mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami
boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan
berikut :
i.
Kebolehan
Kognitif
ii.
Tingkahlaku
Sosial / Perkembangan Sosial
iii.
Penguasaaan
Bahasa Lisan dan Pertuturan
iv.
Penguasaan
Membaca
v.
Kemahiran
Perkembangan(Developmental Skills)
vi.
Kemahiran
Matematik
vii.
Daya
Penglihatan
viii.
Darjah
Kebolehan Pendengaran
Kanak-Kanak
Bermasalah Pembelajaran memerlukan metodologi pengajaran yang menggalakkan
mereka berinteraksi dan bergantung kepada keupayaan guru bagi mengenalpasti
cara murid itu bertingkah laku. Kanak-Kanak ini juga sememangnya memberi
tekanan emosi kepada guru dan ini mencabar dari segi tingkah laku mereka . Guru yang mengajar kanak-kanak ini perlu
menggunakan pelbagai strategi yang efektif.
1.2 Latar Belakang
Murid
disleksia merupakan sebahagian dari kategori murid bermasalah pembelajaran.
Mereka mengalami masalah dalam mengenal huruf iaitu semasa membaca. Jumlah
murid yang mengalami masalah ini di Malaysia masih belum diketahui. Mereka
memerlukan bantuan khusus atau program khusus yang sesuai dengan tahap masalah
membaca yang mereka hadapi. Murid disleksia ini tidak hanya terdapat dalam
kalangan kanak-kanak, tetapi juga terdapat dalam kalangan golongan dewasa.
Murid
disleksia memerlukan program khas yang boleh menilai kebolehannya supaya mereka
dapat menerima pelajaran yang diajar sesuai dengan tahap penerimaan mereka. Hal
ini kerana mereka tidak mampu menyamai tingkat penguasaan sebagaimana murid
normal.
Oleh
itu, kajian ini akan menjelaskan mengenai pendidikan murid disleksia berkaitan
dengan hal-hal seperti berikut :
i.
Pola
program pendidikan murid disleksia dengan menggunakan program murid normal,
program pendidikan,murid disleksia menggunakan program murid normal yang telah
diubahsuaikan dan program pendidikan yang khusus untuk murid disleksia.
ii.
Sistem
pendidikan murid disleksia.
iii.
Rancangan
Pendidikan Individu.
2.0 Pernyataan Masalah
Disleksia bukanlah
suatu konsep yang mudah untuk dijelaskan di mana kebanyakkan penyelidik
bersetuju bahwa disleksia bolehlah diterangkan sebagai keadaan seseorang yang
mengalami masalah membaca, menulis dan mengira yang agak serius. Masalah ini
kebiasannya berkait rapat dengan gangguan urat saraf. Kanak-kanak disleksia
pada umumnya adalah kanak-kanak normal tetapi mempunyai masalah yang berpunca
dari kecelaruan pada bahagian otaknya.
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk
menyelidik tahap kebolehpercayaan pelajar prasekolah IPDA. Maklumat mengenai
tahap kebolehpercayaan pelajar-pelajar prasekolah ini dianggap penting bagi
mengetahui sejauh manakah kebolehan mereka dalam proses pembelajaran. Di
samping itu, kita juga boleh mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang
lebih efektif dalam usaha untuk memperbaiki prestasi akademik di kalangan
pelajar-pelajar ini.
Menurut Mercer
(1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan
kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi huruf. Menurut
Kementerian Pelajaran Malaysia pula, disleksia adalah masalah murid yang
mempunyai kecerdasan mental yang searas
atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengeja.
Selain masalah
membaca dan mengeja, terdapat juga masalah sampingan yang lain turut menyumbang
kepada kesukaran dalam pembelajaran seseorang individu. Antaranya ialah
Disgrafia (Dysgraphia) yang
melibatkan kesukaran menulis , Discalculia
(Dyscalulia) yang melibatkan
kesukaran dalam pengajaran matematik dan masalah bahasa yang yang melibatkan
kesukaran mendengar dan bertutur. Masalah sampingan ini selalunya bertindihan
antara satu sama lain dan sukar untuk dikesan.
Disleksia adalah
sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia
mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha
bersungguh-sungguh. Mereka juga mempunyai keupayaan intelek yang normal dan
telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah asasnya
adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan
bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran
membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar
sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah
disleksia berbanding perempuan.
Antara ciri-ciri
disleksia yang dapat dikenalpasti di peringkat pra sekolah berkemungkinannya
adalah lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama
sendiri, sukar mengenal bentuk bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita
yang telah didengarinya.
Masalah yang
berkaitan dengan murid disleksia ini
berkaitan dengan kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan
terbalik), tidak dapat membezakan nombor 15 dengan 51 ,perkataan “was” menjadi
“saw”, huruf “b” menjadi “d”. Mereka juga mengalami kesukaran memahami,
mengingati dan mengikuti arahan yang diberikan. Jika tidak dikenalpasti dan
dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan gangguan emosi (kemurungan),
masalah tingkah laku (melawan, kecelaruan tingkah laku) dan rendah pencapaian
akademik (menyebabkan keciciran sekolah).
2.1 Objektif
Kajian
i. Mengenalpasti ciri-ciri disleksia dalam
kalangan murid prasekolah IPDA.
2.2 Soalan Kajian
i. Adakah terdapat ciri-ciri disleksia dalam
kalangan murid prasekolah IPDA?
Kajian ini diharapkan
dapat membantu guru prasekolah dalam mengenalpasti murid bermasalah disleksia
dan mengetahui tentang kepentingan mengenali simptom-simptom disleksia dengan
lebih jelas dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat
prasekolah.
Selain
itu, hasil kajian ini juga dapat membantu guru-guru untuk mengkaji dan
mengatasi kelemahan serta kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis
, mengeja serta dapat membaca dengan baik.
Di
samping itu, hasil kajian ini dapat membantu kanak-kanak prasekolah ini
mempertingkatkan lagi potensi pembelajaran mereka dengan menggunakan pendekatan pelbagai deria seperti deria sentuhan dan deria
pendengaran melalui ritma atau bunyi perkataan
dan huruf.
2.4 Batasan
Kajian
Kajian
ini hanya dijalankan di prasekolah IPDA.
Segala maklumat dan data yang diperolehi dari kajian adalah dari sumber soal
selidik, senarai semak, temubual dan pemerhatian. Kajian ini mempunyai
batasan-batasan seperti berikut :
·
Kajian
ini terhad kepada hubungan antara kumpulan pelajar yang mengalami simptom
disleksia secara rawak.
·
Pemilihan
kumpulan sampel adalah secara rawak tanpa pertimbangan jantina dan umur.
2.5 Takrif Istilah
Bagi
menjelaskan lagi kajian yang dijalankan ini, pengkaji akan mentakrifkan
istilah-istilah yang akan digunakan :
2.5.1 Simptom
Tanda-tanda yang
dialami oleh seseorang individu yang tidak diketahui dan perlu mendapat pengesahan
dari pakar perubatan.
2.5.2 Disleksia
Ketidakupayaan yang
teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan di
antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf.
2.5.3 Prasekolah
Murid yang berumur
antara 5 - 6 hingga tahun, dipilih secara rawak tanpa pertimbangan jantina dan
bangsa.
2.6 Pola Program Pendidikan Murid Disleksia
Bagi memenuhi keperluan pendidikan murid
disleksia maka beberapa bentuk program alternatif dibentuk sesuai dengan
kemampuan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan kurikulum
sekolah murid normal, menggunakan kurikulum sekolah murid normal yang telah
disesuaikan dan menggunakan kurikulum khusus. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa
kurikulum pendidikan yang diperuntukkan bagi murid disleksia ini fleksibel dan
memiliki alternatif yang pelbagai dan sesuai dengan keperluan mereka.
2.7 Menggunakan
kurikulum sekolah biasa/normal.
Pengurusan pendidikan
yang menyediakan program yang pelbagai memerlukan dana yang banyak untuk
persiapan dan perlaksanaannya. Pengguanan kurikulum pendidikan bersama antara
murid disleksia dan murid normal tidak menjadi masalah bagi mengembangkan
potensi murid disleksia, asalkan mereka mendapat perhatian khas sesuai dengan
keperluan mereka. Jadi pengembangan potensi murid disleksia yang menggunakan
program pendidikan murid normal tidak boleh diabaikan dengan pendidikan secara
khusus.. Berdasarkan penjelasan ini, maka halangan yang dihadapi pendidikan
murid disleksia perlu ditiadakan. Penggunaan kurikulum pendidikan bersama tersebut
mempunyai beberapa masalah iaitu guru tidak terlatih secara khusus serta tidak
mampu menghadapi murid disleksia, dan
murid disleksia yang lambat menyesuaikan diri akan cepat merasa putus
asa dan tertinggal dalam pelajarannya.
2.8 Sistem
Pendekatan Pendidikan Murid Disleksia
Pengurusan pendidikan murid disleksia dapat
dilakukan dengan pelbagai pendekatan. Misalnya melalui lawatan guru ke
kelas-kelas khas , guru pembimbing dan kelas biasa. Jenis pendekatan pendidikan
bagi murid disleksia tersebut hendaklah bersesuaian dengan perlaksanaanya
kerana banyak bergantung pada keadaan
dan keperluan murid disleksia, sumber kewangan dan guru sebagai pelaksana
program itu. Berikut adalah sistem pendekatan pendidikan yang diterapkan .
2.8.1 Kelas Khas
Kelas
Khas merujuk kepada sistem pentadbiran dan pelaksanaan pendidikan murid
disleksia bersama dengan murid normal. Pendekatan ini lebih baik kerana murid
disleksia boleh berinteraksi dengan murid normal dan tidak terbatas sesama
mereka sahaja. Sistem ini juga membolehkan mereka ini belajar bersama-sama
murid normal bagi mata pelajaran pendidikan jasmani sebagai contoh. Di samping
itu kurikulum yang digunakan untuk murid disleksia ini umumnya kurikulum
sekolah biasa yang diubah bagi membolehkan murid disleksia ini mengikutinya dan
sesuai dengan keperluan dan keadaan mereka.
2.8.2 Ruang
Sumber
Ruang
sumber merujuk kepada pendekatan pendidikan murid disleksia di mana
perlaksanaan program pendidikannya bersama pendidikan murid normal menggunakan
ruang khusus sebagai tempat perunding. Mereka memerlukan layanan khusus dan
tempat belajar yang selesa.
2.8.3 Kelas
Biasa
Kelas
biasa merujuk pada pendekatan murid disleksia dan perlaksanaannya seiring
dengan pentadbiran pendidikan kanak-kanak normal dengan menggunakan khidmat
guru pembimbing yang khusus. Di Malaysia program ini telah diterapkan. Namun
begitu penekanannya amat lemah sekali dan inilah satu cabaran bagi pakar
pendidikan khas di Malaysia.
2.9 Teori/Model Kajian
Kanak-kanak khas dan bermasalah pembelajaran yang
mereka hadapi untuk membaca,menulis dan mengira berterusan ditemui oleh
guru-guru khas. Belajar membaca,menulis dan mengira dalam apa jua bahasa
dianggap sebagai satu aktiviti manusia yang sangat kompleks. Oleh sebab
membaca, menulis dan mengira merupakan aktiviti yang kompleks, pembelajaran
mata pelajaran tersebut merupakan tugasan yang sukar bagi kebanyakan
kanak-kanak terutamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Tidak boleh
dinafikan bahawa ,kanak-kanak perlu mengembangkan kebolehan membaca, menulis
dan mengira sebagai bahagian penting kemahiran pembelajaran agar dapat berjaya
dalam bidang akademik.
2.10 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini
menggunakan kaedah kajian tinjauan dalam mengenalpasti kanak-kanak atau pelajar
yang mempunyai ciri-ciri disleksia. Dalam kajian ini telah melaksanakan pemerhatian
secara langsung ke atas sampel-sampel kajian dengan meliputi pemerhatian kemahiran,
pengetahuan dan tahap keupayaan mental dan fizikal bagi memperolehi dapatan
kajian yang lebih tepat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif melalui
instrument kajian yang menghasilkan dapatan dalam bentuk numerik yang akan dihuraikan melalui penulisan deskriptif.
Dalam
proses mengenalpasti kanak-kanak bersimptom disleksia, terdapat dua kaedah yang
boleh dicadangkan (KPM 2001) iaitu secara ujian dan secara senarai semak. Kaedah
senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap
pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan
sebaya (Hammond,L & Hughes,P. 1990). Bagi kaedah ujian seperti Ujian
Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan dan Ujian Saringan ianya mengandungi
soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid
dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan,
matematik dan kecerdasan, penglibatan, literasi, urutan dan yang berkaitan.
3.0 Analisis
Data
Penganalisaan
data dilakukan dengan penjumlahan keputusan subujian secara manual mengikut
borang-borang tersedia dalam pakej ujian. Data-data dari rekod subujian akan dianalisis
untuk pengiraan indeks. Data yang telah diklasifikasikan indeksnya akan dirumuskan
dalam borang keputusan ujian yang akan menunjukkan kadar pencapaian setiap
ujian dengan jelas melalui paparan graf yang mudah untuk diinterpretasikan bagi
pencapaian setiap individu untuk tujuan tindakan perancangan pengajaran dan
pembelajaran. Penganalisaan data juga dibuat menggunakan kaedah peratusan.
Statistik deskriptif akan digunakan bagi
menerangkan kadar bilangan kanak-kanak yang didapati mempunyai simptom
disleksia dalam frekuensi peratusan.
3.1 Dapatan Kajian
Data yang
diperolehi adalah berdasarkan senarai semak yang dijalankan melalui pemerhatian,
perbincangan, temubual dan pemerhatian hasil kerja kanak-kanak. Senarai semak
berkaitan ialah Senarai Semak Disleksia, Borang Pemerhatian Disleksia
Kanak-Kanak Prasekolah, Senarai Semak Lambat Kematangan dan Senarai Semak Ujian
Diagnostik (Menulis). Senarai semak-senarai semak ini mengandungi beberapa
subtopik yang memberi fokus kepada simptom-simpton yang berkaitan dengan
disleksia dalam kalangan kanak-kanak.
3.2 Senarai Semak Disleksia
Melalui Senarai Semak Disleksia
terdapat beberapa subtopik yang diperhatikan untuk menentukan ciri-ciri
disleksia kanak-kanak. Diantaranya ialah masalah ingatan, masalah pertuturan
dan fonologikal, masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis,
masalah tumpuan, dan masalah visual motor. Dapatan data adalah seperti jadual
di bawah.
3.2.1 Masalah
ingatan
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Sukar
mengingati arahan
|
4
|
23.52
|
2
|
Masalah
mempelajari kemahiran bahasa yang asas seperti abjad dan bunyi.
|
4
|
23.52
|
3
|
Sukar
mengingati perkataan yang bari dibaca.
|
4
|
23.52
|
4
|
Masalah
mempelajari sesuatu yang melibatkan urutan.
|
2
|
11.76
|
5
|
Sukar
mengingati ejaan sesuatu perkataan untuk tempoh lama.
|
2
|
11.76
|
6
|
Keliru
dengan urutan huruf dan digit seperti 13 dan 31.
|
3
|
17.64
|
7
|
Masalah
matematik mengira dengan jari.
|
10
|
58.82
|
8
|
Menyalin
dengan tidak tepat.
|
4
|
23.52
|
9
|
Kesalahan
ejaan yang sama dan berulangan.
|
4
|
23.52
|
Jadual 1 Masalah
Ingatan
Beberapa item penguasaan kemahiran
dirujuk terhadap kanak-kanak berdasarkan jadual di atas. Secara keseluruhannya sebanyak
24.17% dari kanak-kanak pra sekolah mengalami masalah ingatan. Masalah ketara
yang dapat dilihat ialah penguasaan dalam kemahiran membilang menggunakan jari
di mana 10 orang kanak-kanak iaitu 58.82% tidak menguasai kemahiran tersebut.
3.2.2 Masalah
pertuturan dan fonologikal
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Susah
mendapat perkataan yang sesuai semasa bercakap.
|
2
|
11.76
|
2
|
Masalah
menyebut perkataan yang panjang
|
2
|
11.76
|
3
|
Masalah
menyebut perkatan bergabung.
|
2
|
11.76
|
4
|
Masalah
mengenal pasti dan membaca ‘rhymes’.
|
2
|
11.76
|
5
|
Masalah
mengenal pasti dan membaca perkataan yang bermula dengan sukukata yang hampir
sama.
|
2
|
11.76
|
6
|
Masalah
mempelajari fonik.
|
2
|
11.76
|
7
|
Lewat
menguasai kemahiran bertutur.
|
2
|
11.76
|
8
|
Masalah
struktur bahasa dalam penulisan
|
2
|
11.76
|
Jadual 2 Masalah
pertuturan dan fonologikal
Melalui pemerhatian penguasaan
pertuturan dan fonologikal, secara keseluruhannya, terdapat 2 orang kanak-kanak
yang tidak menguasai semua kemahiran yang diuji. Jumlah ini mewakili 11.76%
dari jumlah keseluruhan kanak-kanak yang dikaji.
3.2.3 Masalah
menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis.
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Lambat
untuk mendapat perkaitan antara bunyi dan huruf.
|
4
|
23.52
|
2
|
Mampu
mengeja sesuatu perkataan secara lisan tetapi tidak dapat menuliskan perkataan tersebut.
|
4
|
23.52
|
3
|
Sukar
menyampaikan idea secara bertulis.
|
4
|
23.52
|
4
|
Sukar
menyampaikan ideanya secara bertulis Terlangkau atau terlebih perkataan dalam
penulisannya .
|
4
|
23.52
|
5
|
Membaca
perkataan yang tidak ada pada buku
|
4
|
23.52
|
6
|
Pembacaan
yang kurang kelancaran dan kelajuan yang tidak sesuai.
|
4
|
23.52
|
Jadual 3 Masalah
menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis.
Pemerhatian yang dijalankan berkaitan
kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis menunjukan secara
keseluruhannya terdapat sebilangan 23.52% kanak-kanak yang tidak menguasai
kemahiran ini. Purata seramai 4 orang kanak-kanak didapati tidak menguasai
keseluruhan kemahiran yang diperhatikan.
3.2.4 Masalah
tumpuan
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Selalu
berkhayal atau berangan dalam kelas.
|
1
|
5.88
|
2
|
Senang
tertarik kepada ransangan lain.
|
2
|
11.76
|
3
|
Didiagnostic
bermasalah ADHD.
|
0
|
0
|
4
|
Tidak
boleh duduk diam,selalu merengek.
|
1
|
5.88
|
5
|
Bertindak
mengikut gerak hati, membuta tuli (impulsive),selalu bergerak tanpa berfikir
dan menjerit dalam kelas.
|
1
|
5.88
|
6
|
Melakukan
banyak kesilapan yang cuai.
|
1
|
5.88
|
7
|
Hanya
boleh bertumpu pada pembacaan untuk jangka masa yang pendek.
|
4
|
23.52
|
8
|
Organisasi
diri yang lemah, selalu lupa di mana letaknya sesuatu.
|
4
|
23.52
|
Jadual 4 Masalah
tumpuan
Sebanyak lapan item diperhatikan dalam
penguasaan tumpuan. Melalui pemerhatian yang dijalankan terdapat sebilangan
10.97% kanak-kanak tidak menguasai atau kurang memberi tumpuan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Kebanyakan kanak-kanak ini hanya dapat
memberi tumpuan singkat sepanjang proses atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
3.2.5 Masalah
visual motor
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Lambat
menguasai kemahiran menulis berbanding kanak-kanak lain.
|
4
|
23.52
|
2
|
Hasil
kerja yang lemah, tidak kemas, comot dan gaya menulis yang tidak sesuai.
|
4
|
23.52
|
3
|
Keliru
dengan huruf kecil dan huruf besar.
|
4
|
23.52
|
4
|
Lambat
menghabiskan kerja sekolah.
|
4
|
23.52
|
5
|
Koordinasi
fizikal yang lemah dan pergerakan yang kekok.
|
4
|
23.52
|
6
|
Hilang
baris semasa membaca.
|
4
|
23.52
|
7
|
Menulis
huruf dan nombor secara terbalik,contohnya “b” dan “d”.
|
4
|
23.52
|
8
|
Tidak
suka bermain “puzzle” dan melukis semasa peringkat awal kanak-kanak.
|
2
|
11.76
|
9
|
Tangan mudah menjadi letih.
|
2
|
11.76
|
10
|
Postur yang tidak betul dan tidak stabil
semasa bekerja di meja atau duduk di lantai.
|
2
|
11.76
|
Jadual 5 Masalah
visual motor
Pemerhatian penguasaan kemahiran
visual motor menunjukkan 19.99% kanak-kanak prasekolah tidak menguasai
kemahiran ini. Keseluruhannya terdapat seramai 4 orang kanak-kanak yang
menunjukkan kurang penguasaan visual motor melalui pemerhatian hasil kerja,
koordinasi dan postur fizikal yang ditunjukkan.
3.3 Pemerhatian
Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah (Bahasa)
3.3.1 Masalah
Bacaan
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Bacaan yang lemah.
|
2
|
11.76
|
2
|
Tidak tahu intonasi yang betul.
|
2
|
11.76
|
3
|
Sebutan yang tidak betul.
|
2
|
11.76
|
4
|
Bacaan
dengan tiada perasaan.
|
2
|
11.76
|
5
|
Lemah dalam kefahaman.
|
2
|
11.76
|
6
|
Tertinggal perkataan bila membaca atau
menambahkan perkataan.
|
2
|
11.76
|
7
|
Gagal untuk mengenali perkataan biasa.
|
2
|
11.76
|
8
|
Gagal untuk memahami apa yang dibaca.
|
2
|
11.76
|
Jadual 6 Masalah
Bacaan
Pemerhatian berkaitan kemahiran bacaan
menunjukkan terdapat 2 orang kanak-kanak tidak menguasai kemahiran bacaan
dengan baik. Bilangan ini membawa kepada 11.76% dari jumlah keseluruhan mereka.
Sebanyak 8 item kemahiran yang diperhatikan dalam kemahiran ini.
3.3.2 Masalah
tulisan
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Lambat menyalin
|
2
|
11.76
|
2
|
Penat bila banyak menulis.
|
2
|
11.76
|
3
|
Kesilapan ejaan
yang banyak dalam rencana.
|
2
|
11.76
|
4
|
Kerja tulis lemah
banding dengan lisan.
|
2
|
11.76
|
5
|
Tulisan kotor (
potong sana-sini)
|
2
|
11.76
|
6
|
Keliru dengan huruf
seakan-akan b/d , p/g, p/q.
|
4
|
23.52
|
7
|
Mengeja perkataan
dengan pelbagai cara.
|
2
|
11.76
|
8
|
Tulisan tidak
mengikut garisan.
|
4
|
23.52
|
9
|
Tidak ada tanda
bacaan.
|
4
|
23.52
|
10
|
Huruf besar/kecil permulaan ayat, nama
am/khas.
|
4
|
23.52
|
11
|
Cara memegang
pensil yang tidak betul.
|
0
|
0
|
Jadual 7 Masalah
tulisan
Kemahiran menulis pula menunjukkan
pencapaian 83.58% kanak-kanak menguasai kemahiran dengan baik. Ini menunjukkan
sebilangan 16.42% kanak-kanak kurang menguasai kemahiran ini berdasarkan 11
item yang diperhatikan.
3.3.3 Masalah
nombor
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Keliru dengan
nombor.
|
2
|
11.76
|
2
|
Keliru dengan
symbol + atau -.
|
2
|
11.76
|
3
|
Susah dalam mengingati perkara yang
berturutan seperti hari, bulan, tahun, abc dan sebagainya.
|
2
|
11.76
|
4
|
Sifir 2 hingga 10
|
2
|
11.76
|
Jadual 8 Masalah
nombor
Penguasaan kemahiran nombor
menunjukkan hanya 2 orang kanak-kanak tidak menguasai dengan baik. Secara
keseluruhan bilangan ini menunjukkan nilai 11.76% dari jumlah keseluruhan
kanak-kanak prasekolah yang dikaji.
3.3.4 Masalah
mengenal masa
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Susah dalam
memberitahu masa.
|
4
|
23.52
|
2
|
Tidak pandai
mengawal masa.
|
4
|
23.52
|
3
|
Organisasi dan
pengurusan diri yang lemah.
|
4
|
23.52
|
4
|
Susah untuk mengingati tarikh lahir dan
tarikh penting.
|
4
|
23.52
|
5
|
Konsep yang lemah.
|
4
|
23.52
|
Jadual 9 Masalah
mengenal masa
Sebanyak 5 item yang berkaitan dengan
kemahiran mengenal masa digunakan dalam senarai semak ini. Penguasaan kemahiran
berkaitan masa menunjukkan seramai 4 orang murid masih belum menguasainya dengan
baik. Bilangan ini merupakan 23.52% dari jumlah semua kanak-kanak yang
diperhatikan.
Graf di bawah menunjukkan keseluruhan data
berkaitan pemerhatian simptom disleksia kanak-kanak prasekolah.
Rajah 2 Graf
pemerhatian Disleksia kanak-kanak prasekolah(bahasa)
3.4 Senarai
Semak Lambat Kematangan
3.4.1 Masalah
Main dan Rekreasi
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Lebih
suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih muda
|
1
|
5.88
|
2
|
Lebih
suka bermain mainan aktiviti yang
biasanya diminati oleh kanak-kanak yang lebih muda
|
1
|
5.88
|
3
|
Masih
menikmati rancangan TV yang diminati semasa peringkat yang sangat kecil
|
1
|
5.88
|
4
|
Gurauan
yang mirip kepada kanak-kanak yang lebih kecil
|
1
|
5.88
|
5
|
Berada
pada peringkat main khayalan dan imaginative (main peranan) untuk masa yang
panjang berbanding kanak-kanak lain
|
1
|
5.88
|
6
|
Takut pada cerita serta wayang gambar yang seram berbanding dengan kanak-kanak
sebaya.
|
1
|
5.88
|
Jadual 10 Masalah
Main dan Rekreasi
Pemerhatian seterusnya yang dijalankan
adalah berkaitan senarai semak lambat kematangan. Terdapat 5 subtopik yang
diperhatikan dalam kajian yang berkaitan aspek kematangan ini. Dalam
pemerhatian yang dijalankan berkaitan kemahiran berinteraksi sosial iaitu
bermain dan rekreasi, hanya seorang murid sahaja yang kurang menguasai
item-item yang diperhatikan. Jumlah ini mewakili sebanyak 5.88% dari jumlah
keseluruhan kanak-kanak prasekolah yang dikaji.
3.4.2 Masalah
Ketidakmatangan Sosial
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Takut
dan tidak mengambil inisiatif berkenalan dengan rakan baru yang sebaya.
|
1
|
5.88
|
2
|
Tidak
dapat memulakan sesuatu permainan dengan rakan sebaya.
|
1
|
5.88
|
3
|
Tidak
menyertai rakan sebaya kecuali dijemput
atau diberi galakan.
|
1
|
5.88
|
4
|
Meminta
bantuan orang dewasa untuk menyelesaikan masalah kecil dengan kawan lain.
|
1
|
5.88
|
5
|
Senang
mempercayai orang lain dan lebih menyenangi dipimpin.
|
1
|
5.88
|
6
|
Sering menangis apabila berhadapan dengan
masalah.
|
1
|
5.88
|
7
|
Tidak pandai mengawal tingkah laku sendiri.
|
1
|
5.88
|
8
|
Bercakap dan bertingkah laku yang tidak
sesuai untuk peringkat umurnya.
|
1
|
5.88
|
Jadual 11 Masalah
Ketidakmatangan Sosial
Pemerhatian berkaitan kematangan
sosial menunjukkan hanya seorang kanak-kanak prasekolah sahaja yang belum
mengusai item-item yang diperhatikan berbanding rakan-rakan yang lain. Oleh itu
bilangan ini hanya mewakili 5.88% dari keseluruhan kanak-kanak yang dikaji.
3.4.3 Masalah
Tumpuan Lemah
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Tumpuan
yang lemah berbanding kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama.
|
2
|
11.76
|
2
|
Sukar
member komitmen kepada kerja yang tertentu, lebih suka bermain.
|
2
|
11.76
|
3
|
Sukar
duduk diam, selalu bergerak.
|
2
|
11.76
|
Jadual 12 Masalah
Tumpuan Lemah
Pemerhatian berkaitan masalah tumpuan
hanya melibatkan tiga item. Hasil pemerhatian mendapati hanya 2 orang
kanak-kanak prasekolah sahaja yang kurang memberi tumpuan sepenuhnya dalam
aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran. Bilangan ini mewakili 11.76%
dari jumlah keseluruhan kanak-kanak yang diperhatikan.
3.4.4 Masalah
Ketidakmatangan Akademik
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Tidak
dapat setanding dengan kanak-kanak lain dalam bahasa, sperti kemahiran
membaca, mengeja dan menulis.
|
2
|
11.76
|
2
|
Tidak
dapat standing dengan kanak-kanak lain dalam matematik.
|
2
|
11.76
|
3
|
Tidak
meminta bantuan apabila diperlukan.
|
2
|
11.76
|
4
|
Hasil
kerja, tulisan yang tidak matang.
|
2
|
11.76
|
5
|
Tidak
boleh belajar atas inisiatif sendiri.
|
2
|
11.76
|
Jadual 13 Masalah
Ketidakmatangan Akademik
Kematangan akademik merupakan salah
satu aspek yang dinilai dalam kajian ini. Terdapat lima item yang diperhatikan
berkaitan kematangan akademik. Dapatan
menunjukkan terdapat 2 orang kanak-kanak prasekolah yang masih lagi kurang
menguasai tahap yang sepatutnya dikuasai di peringkat prasekolah dengan
peratusan sebanyak 11.76%.
3.4.5 Masalah
Ketidakmatangan Bahasa
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Pertuturan
yang tidak matang.
|
2
|
11.76
|
2
|
Kadang-kadang menggunakan bahasa seperti kanak-kanak kecil( “wee wee”).
|
2
|
11.76
|
3
|
Kosa
kata dan pengetahuan am tidak mencukupi berbanding kanak-kanak sebaya.
|
2
|
11.76
|
4
|
Bercakap
pada peringkat umur yang lebih lewat.
|
2
|
11.76
|
Jadual 14 Masalah
Ketidakmatangan Bahasa
Kemahiran penguasaan berbahasa yang
diperhatikan, mendapati terdapat 2 orang kanak-kanak masih belum menguasai
kemahiran ini berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Jumlah peratusan yang
masih tidak menguasainya ialah 11.76%.
3.5 Senarai
Semak Matematik
3.5.1 Masalah
Menamakan Nombor
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Mengenal angka 0-5
(menyebut)
|
0
|
0
|
2
|
Menayangkan kad
imbasan secara rawak, murid sebut 0 – 5.(menamakan)
|
1
|
5.88
|
Jadual 15 Masalah
Menamakan Nombor
Dalam kemahiran matematik terdapat beberapa
aspek yang diperhatikan. Diantaranya ialah menamakan nombor. Pemerhatian yang
dibuat berkaitan kemahiran ini menunjukkan hanya seorang kanak-kanak masih
belum menguasainya dengan peratusan sebanyak 5.88%.
3.5.2 Masalah
Membilang Objek 1-10
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Bilang tertib
menaik dan menurun.
Membilang objek
satu-satu 1 – 10.
|
0
|
0
|
2
|
Penekanan diberikan
kepada langkauan genap dan ganjil seperti
:
2, 4, 6, 8.... 1, 3, 5, 7………..
|
2
|
11.76
|
3
|
Menyuruh murid
membilang nombor sambil menaiki tangga.
|
0
|
0
|
Jadual 16 Masalah
Membilang Objek 1-10
Dalam kemahiran membilang, hanya 2
orang kanak-kanak masih belum menguasai kemahiran membilang secara gandaan
dua-dua atau tiga-tiga. Dua lagi item yang dinilai dalam aspek ini menunjukkan
penguasaan 100% kanak-kanak prasekolah.
3.5.3 Masalah
Rangkaian Nombor
|
Kemahiran
|
Bilangan
tidak menguasai
|
Peratus
(%)
|
1
|
Melengkapkan
rangkaian nombor (1- 10)
|
2
|
11.76
|
2
|
Nombor
mempunyai kuantiti 1 – 10
|
2
|
11.76
|
3
|
Memadankan beberapa
benda maujud dengan kad nombor yang sama nilai.
|
2
|
11.76
|
Jadual 17 Masalah
Rangkaian Nombor
Kemahiran membilang rangkaian nombor
juga dinilai dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan seramai 2 orang kanak-kanak
masih belum menguasainya dengan baik.
4.0 Rumusan
Bahagian ini membincangkan keputusan yang diperolehi melalui kajian.
Perbincangan dalam bahagian ini ialah mengenai hasil atau dapatan kajian yang
dijalankan. Secara umumnya, perbincangan kajian ini dibahagikan kepada
perbincangan dan rumusan hasil kajian.
4.1 Perbincangan hasil kajian
Pengesanan awal risiko disleksia ini mengandungi 4 ujian utama yang menguji
pelbagai kemahiran. Ujian atau pemerhatian yang dijalankan adalah merujuk
kepada senarai semak disleksia (umum), pemerhatian disleksia kanak-kanak
prasekolah (bahasa), senarai semak kematangan dan senarai semak matematik.
Setiap ujian ini mengandungi beberapa item yang diperhatikan untuk menilai
simptom disleksia yang mungkin ada pada kanak-kanak-kanak prasekolah dalam
kajian yang dijalankan.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan melalui senarai semak disleksia,
keupayaan ingatan dan kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bertulis
merupakan masalah utama yang di hadapi oleh kanak-kanak prasekolah tersebut.
Berhubung dengan masalah ingatan juga seramai 10 orang kanak-kanak prasekolah
masih tidak menguasai kemahiran membilang menggunakan jari. Pemerhatian
mengenai kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis mendapati
seramai 4 orang kanak-kanak tidak menguasai kesemua enam item yang
diperhatikan. Kesemua kanak-kanak ini mampu bertutur dengan baik dan lancar,
namun apabila diminta untuk melahirkan idea atau jawapan secara bertulis,
mereka mengalami sedikit kesukaran untuk melakukannya.
Melalui pemerhatian
ciri-ciri disleksia kanak-kanak prasekolah di dalam aspek bahasa, terdapat
seramai 4 orang kanak-kanak keseluruhannya yang masih tidak dapat menguruskan
masa atau menguasai kemahiran berkaitan masa dengan baik. mereka juga didapati
sukar untuk mengingati tarikh serta sukar untuk memberitahu waktu dalam jam.
Dalam penulisan yang berkaitan dengan nombor, kanak-kanak ini juga didapati
mengalami kesukaran.
Senarai semak ketiga yang
diperhatikan ialah senarai semak mengenai kematangan kanak-kanak. Hasil
pemerhatian menerusi senarai semak menunjukkan terdapat beberapa aspek yang
kurang dikuasai oleh kanak-kanak. Di antaranya ialah aspek tumpuan, kematangan
akademik dan kematangan bahasa. Ketiga-tiga aspek ini menunjukkan sebilangan
11.76% kana-kanak masih belum menguasai kemahiran ini. Namun begitu, untuk
aspek kematangan sosial hanya seorang kanak-kanak sahaja yang didapati masih
belum dapat menguasai kemahiran bersosialisasi dengan baik.
Senarai
semak keempat yang diperhatikan ialah senarai semak kemahiran matematik.
Melalui senarai semak ini didapti seramai 2 orang kanak-kanak masih gagal
menguasai dengan baik kebanyakan item yang diperhatikan. Kemahiran membilang
rangkaian nombor dan membilang objek merupakan dua masalah utama yang dihadapi
oleh kanak-kanak ini berbanding kemahiran menamakan nombor.
4.2 Rumusan perbincangan
Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kanak-kanak prasekolah di
IPG Kampus Darulaman boleh dikatakan tidak mengalami risiko simptom disleksia
yang tinggi. Kegagalan sebilangan kecil mereka menguasai kemahiran yang
diperhatikan melalui senarai semak mungkin bersifat sementara.
Oleh itu
bagi memastikan kanak-kanak ini mampu menguasai kemahiran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, mereka perlu diberi latihan,
sokongan dan galakan yang berterusan. Guru perlu berusaha menerusi pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan menggunakan pelbagai kaedah dan
teknik untuk memastikan mereka berminat melakukan aktiviti yang memerlukan
penumpuan yang tinggi (menulis, melukis, membaca). Aktiviti-aktiviti yang
menarik dan mudah diterima adalah alternatif atau penambahbaikan kepada cara
pelaksanaan semasa. Cara ini dapat membantu mereka lebih berminat dan fokus
terhadap pembelajaran seperti menulis, membaca dan sebagainya.
5.0 Kesimpulan
Bab ini menerangkan
rumusan hasil yang diperolehi. Terdapat dua perkara utama yang dibincangkan
dalam bab ini iaitu rumusan kajian yang merangkumi bab 1 hingga bab 4 dan
bahagian yang kedua merangkumi implikasi, masalah, limitasi, pendapat dan
pandangan pengkaji terhadap hasil kajian yang diterangkan dalam bahagian ini.
5.1 Rumusan Kajian
Seperti yang
diketahui, disleksia merupakan masalah dalam pembelajaran. Disleksia adalah masalah kurang kemampuan dari segi
pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca, mengeja dan memahami.
Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi
ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan visual dalam
penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar. Disleksia sebenarnya berpunca
daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan.
Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan
gangguan pada struktur otak.
Jika dahulu, masyarakat kurang diberi pendedahan mengenainya, namun
sekarang ia semakin mendapat perhatian oleh pelbagai pihak. Media-media
elektronik dan media cetak turut menyumbang dalam memberi maklumat mengenai
disleksia. Para ibu bapa juga turut memberi perhatia tentang masalah
pembelajaran ini.
Kajian mengenai simptom disleksia ini amat penting dalam mengesan masalah
disleksia pada peringkat awal. Mengesan disleksia pada peringkat awal sangat
membantu dalam menentukan strategi yang sesuai. Strategi yang sesuai ini akan
memberi peluang kepada kanak-kanak yang menghidap disleksia untuk lebih berjaya
dalam kehidupan seperti insan normal lain. Kewujudan persatuan-persatuan yang
berkaitan seperti Persatuan Disleksia Malaysia telah memberi ruang kepada
kanak-kanak yang menghidap disleksia agar mempunyai masa depan yang lebih
berjaya dan mampu untuk berdikari dengan sendirinya.
5.2 Implikasi kajian
Melalui kajian ini
pelbagai pihak semakin sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka untuk
membantu kanak-kanak yang mempunyai risiko disleksia agar dapat menangani
masalah yang dihadapi. Hal ini seterusnya membantu kanak-kanak untuk menguasai
proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Akhirnya akan membentuk
generasi akan datang yang tinggi pengetahuan dan menjadi pelapis negara yang
cemerlang.
Keputusan kajian
telah mendapati sindrom disleksia tidak dihadapi semua kanak-kanak prasekolah,
namun begitu terdapat beberapa peratus kanak-kanak yang menghadapinya harus
diberikan bantuan dan sokongan. Oleh itu senarai semak pengesanan awal yang
digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri disleksia boleh diaplikasi dalam ujian
seterusnya. Dengan pengenalpastian ini, langkah-langkah pada peringkat awal
dapat dilakukan bagi membentuk kanak-kanak yang menguasai pembelajaran dan
pengajaran yang diberikan.
RUJUKAN
Abd.Rahim
bin Talib (2007),HSBL1103 Pengenalan
Pendidikan Kanak-Kanak
Masalah Pembelajaran.Fakulti Pendidikan dan Bahasa,Open Universiti
Malaysia (OUM),Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Bold, 2000. Disleksia
: kit penerangan asas. Pulau Pinang :
Bureau on Learning.
Chua Tee Tee,Koh Boh
Boon (1992),Pendidikan Khas dan
Pemulihan-Bacaan
Asas,Dewan Bahasa
dan pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur.
Hammond, L & Hughes, P.1990. When bright kids fail:how to help children
overcome
specific learning difficulties. Australia : Simon
and Schuster.
Jamila
K.A Mohamed.(2006).Pendidikan Khas Untuk
Kanak-Kanak Istimewa.PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
Mohd.Sharani Ahmad(2004),Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar, PTS
Publications & Distributors
Sdn.Bhd.
Musa Abdul Wahab. 2002. Tinjauan Ciri-Ciri Disleksia Di Kalangan Murid-Murid
Pemulihan
di Zon Pudu,
Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.